Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

K’jaan Pusat Ambil Alih...

PORT DICKSON - Kerajaan pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam Pihak...

Firma Digesa Terap Amalan...

KUALA LUMPUR – Dasar dan amalan yang mapan perlu diterapkan dalam setiap model...

Pecah Amanah: Bekas Pemandu...

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pemandu dihukum penjara 12 bulan dan didenda RM10,000...

TNB Peruntuk RM350,000 Golongan...

BANGI - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan RM350,000 untuk penganjuran majlis berbuka puasa...

Putera Charles Iringi Meghan Berkahwin Anaknya

LONDON – Selepas bapanya dilaporkan tidak akan hadir ke majlis perkahwinannya, tunang Putera Harry, Meghan Markle akan diiringi bakal bapa mentuanya Putera Charles sempena hari yang penuh bermakna itu.

Bapa Putera Harry itu dijangka mengiringi Meghan di Gereja St. George, Windsor hari ini dalam majlis perkahwinan yang akan disaksikan jutaan orang di seluruh dunia.

Selepas berbincang dengan Harry, pelakon dari Amerika Syarikat (AS) itu meminta bakal bapa mentuanya itu mengiringinya.

Dalam satu kenyataan, Istana Kensington berkata: “Meghan Markle meminta Putera Wales mengiringinya pada majlis perkahwinannya.

“Putera Wales gembira untuk menyambut Meghan ke dalam Keluarga Diraja dengan cara ini.”

Charles dan isterinya, Camilla melawat Istana Kensington kelmarin, ketika Meghan memaklumkan bapanya tidak dapat terbang ke United Kingdom (UK) untuk menghadiri majlis perkahwinannya.


Sebelum itu, ibu Meghan, Doria Ragland dijangka menggantikan Thomas Markle selepas dia dilaporkan melayan paparazzi mengambil gambarnya.

Bagaimanapun, bapa Harry itu nyata jauh lebih berpengalaman berbanding Doria untuk menghadiri majlis besar-besaran.

Sebelum ini, Charles pernah mengiringi anak perempuan rakan baiknya, Lord Brabourne iaitu Alexandra Knatchbull ketika majlis perkahwinannya pada 2016. – Daily Mail/myMetro Online

Kategori