Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aswaja Persoal Akidah Ahli...

KUALA LUMPUR - "Tolong Jangan cakap pasal agamalah. Telinga saya dengar ni gelilah… geli." Itu...

Doa Dimakbulkan, Jemaah Haji...

SUBHANAALLAH.. seorang jemaah haji tidak menyangka, impiannya untuk dapat berjalan semula akhirnya termakbul...

COVID-19: Jemaah Menteri Potong...

KUALA LUMPUR - Gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong selama...

Kelindan Lori Didakwa Peras,...

SHAH ALAM - Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Pusat Judi Berleluasa, Jakim Pula Yang Nak Dimansuh

PAS mempersoal tindakan kerajaan mempertimbangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, beliau tidak selesa melihat tekanan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya mempertimbangkan pemansuhan jabatan berkenaan.

Menerusi perkongsian dalam laman sosial Facebooknya, Nasrudin berkata biarpun Jakim perlu ditambah baik, kerajaan PH sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha membasmi gejala maksiat.

“Perkembangan yang tidak selesa apabila melihat tekanan ke atas kerajaan PH supaya kaji dan mansuhkan institusi agama Islam seperti Jakim.

“Sedang tiada kedengaran sama sekali langkah kerajaan PH untuk kaji kedudukan Sports Toto, Magnum, premis perjudian, pelacuran, rumah urut, kelab malam dan sebagainya, yang nyata menyuburkan industri dosa dalam negara,” katanya dalam tulisan itu.

Tambah Nasrudin, Jakim merupakan satu institusi untuk menjaga agama Islam dan mengurus perkara berkait perkembangan agama Islam di Malaysia. Justeru, adalah wajar untuk jabatan berkenaan diperkasa dan ditambah baik.


Semalam, perdana menteri dalam satu sidang media berkata peranan Jakim akan dibincangkan semula dengan mengumpulkan sejumlah ilmuwan Islam serta cendekiawan lain untuk membincangkan masa depan jabatan berkenaan.

Ujar Mahathir, langkah berkenaan diambilk bagi mengkaji semula peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau dikembalikan kepada tujuan asal ia ditubuhkan dahulu.

Dalam masa sama, tujuan untuk melihat semula jabatan berkenaan adalah bagi mengelak Jakim dipandang negatif oleh masyarakat. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori