Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Starbucks Uncle’ Selamba Lepak...

WARGA emas ini mendapat gelaran 'Starbucks Uncle' oleh netizen selepas dia dengan selamba...

Terdapat Cubaan Ganggu Muktamar...

ALOR SETAR - Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata terdapat usaha pihak...

Hadi Nafi Pernah Tuduh...

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada malam tadi menegaskan dia tidak pernah menuduh...

ICERD: Jangan Buat Andaian...

KEPALA BATAS - Masyarakat dinasihat untuk tidak membuat andaian melampau berhubung hasrat Malaysia...

Pusat Beli-Belah Banyak, Pengunjung Tiada

KUALA LUMPUR – Kadar penghunian sebenar di pusat membeli-belah di Lembah Klang mungkin serendah 40 peratus di beberapa kawasan, menurut artikel Financial Times (FT) yang mengkaji obsesi berterusan negara dengan membina lebih banyak ruang membeli-belah walaupun lebihan bekalan yang kronik.

Kecuali lima premis utama di beberapa kawasan tumpuan di Kuala Lumpur iaitu Suria KLCC, Pavilion, Mid Valley, Sunway Pyramid dan 1 Utama – FT berkata sektor runcit perlahan-lahan menuju ke arah krisis, yang diburukkan lagi oleh peralihan pelanggan ke e-dagang.

Aktiviti pembelian dalam talian meningkat lebih dari 20 peratus pada tahun lepas apabila rakyat Malaysia semakin cenderung untuk membeli-belah dari keselesaan rumah mereka, dan kesan jualan fizikal menjadi lebih jelas hari demi hari.

“Senario ini telah jelas terbukti di pusat-pusat membeli-belah. Majoritinya terpaksa memberikan tawaran murah kepada bakal penyewa, termasuk pakej sewa percuma selama setahun. Bagaimanapun, langkah-langkah sedemikian masih belum dapat bantu memulihkan keadaan,” kata FT.

Tambah FT lagi, sebanyak 18.3 peratus daripada 1,000 orang responden dalam kaji selidiknya berkata mereka merancang untuk kurang menjejakkan kaki ke pusat membeli-belah dalam tempoh 12 bulan akan datang; manakala di KL, jumlahnya adalah 22.2 peratus daripada responden.

Data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) juga menunjukkan bahawa 15 peratus lagi akan ditambah ke ruang kompleks membeli-belah sedia ada tahun ini.

Agensi itu turut meramalkan bahawa jumlah penghunian mungkin menurun ke bawah 86 peratus, dan FT merumuskan bahawa kejatuhan premis-premis ini adalah didorong daripada kejayaan luar biasa lima pusat membeli-belah utama tersebut.

Dengan mengambil kira situasi ini, dianggarkan satu dalam lima kedai akan kosong.


“Pusat membeli-belah yang lebih kecil dan baharu gagal menarik peruncit atau pelawat yang mencukupi walaupun berada lokasi di kawasan yang strategik.

“Keseluruhan tingkat di sesetengah pusat membeli-belah kini tidak berpenghuni, satu senario yang tidak normal sebelum tahun 2015,” kata FT.

Sementara itu, Persatuan Runcit Malaysia melaporkan bahawa jumlah jualan runcit fizikal meningkat 2.2 peratus kepada RM100 bilion tahun lalu, FT menganggarkan 9.6 peratus daripada ini merupakan hasil jualan daripada tiga pusat membeli-belah iaitu Suria KLCC, MidValley Megamall dan The Gardens.

Dalam satu keadaan yang diburukkan lagi oleh kerana lebihan ruang perniagaan dan kekurangan pengujung di pusat membeli-belah tradisional, FT meramalkan kompleks membeli-belah bakal mengalami transformasi untuk berdaya saing.

Sesetengah pusat membeli-belah sudah pun mula cuba mengubah corak perniagaan mereka dengan menawarkan “ruang kerja bersama” kebelakangan ini, sementara seorang pemaju hanya ‘meninggalkan’ sebuah pusat membeli-belah yang telah disiapkan di Petaling Jaya pada tahun 2015.

“Kecuali jika keadaan pembelian runcit bertambah baik, kami fikir pusat membeli-belah kecil akan melalui tempoh penggabungan dan penutupan,” kata laporan itu lagi, sambil meramalkan entiti perniagaan yang lebih besar akan mempunyai lebih banyak kuasa selepas ini dalam menyingkirkan pesaing mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori