Pura-Pura Cedera Tolong Pasukan Berbuka Puasa

DALAM permainan bola sepak perkara yang cukup penting adalah kerjasama berpasukan dan saling memahami antara satu sama lain.

Berhubung perkara tersebut, penjaga gol Tunisia, Mouez Hassen cuba membuat helah dengan berpura-pura cedera bagi membantu dirinya dan rakan sepasukan berbuka puasa ketika dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Menurut portal Semuanya Bola, tindakan Mouez Hassen disedari apabila dia berbuat perkara yang sama semasa dalam perlawanan persahabatan kedua menetang Turki pada minit ke-49 yang berkesudahan terikat 2-2.

Semasa perlawanan persahabatan pertama berlangsung penjaga gol ini berpura-pura rebah di atas padang pada minit ke-58 dimana pasukannya sedang ketinggalan 1-2 terhadap Portugal.

Permainan yang terpaksa dihentikan seketika menjadi kesempatan buat dirinya dan rakan sepasukan berbuka puasa dengan kurma dan sedikit air yang dibawa oleh staf perubatan pasukan Tunisia.

Manakala pemain-pemain lain yang berada ditengah padangan mula berlari ke bangku simpanan mendapatkan kurma dan juga air yang telah siap disediakan oleh pengurus pasukan bola tersebut.

Umpama mendapat kekuatan baru, permainan terus menjadi rancak sehingga Tunisia berjaya menyamakan kedudukan 2-2 selepas enam minit mereka berbuka puasa.

Mujur, kejohanan Piala Dunia 2018 berlangsung pada bulan Syawal yang tidak memaksa penjaga gol tersebut membuat helah yang sama semata-mata mahu berbuka puasa.

Aksi yang dipaparkan oleh pemain-pemain Tunisia jelas menunjukkan kesungguhan mereka melaksanakan tuntutan rukun Islam yang ketiga walaupun pada masa yang sama bermain bola sepak.

Tunisia layak ke kejohanan Piala Dunia 2018 selepas menjuarai kumpulan A kelayakan zon Afrika dan bakal beraksi di kumpulan G bersama Belgium, England dan Panama bermula 19 Jun 2018 nanti. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Loading...