Puluhan Ribu Terus Serbu Hari Peneroka Felda 2017

PUTRAJAYA – Hari kedua bagi sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 kali ke-60 di sini hari ini terus mendapat sambutan ramai pengunjung dari seluruh negara.

Program yang bermula seawal jam 7 pagi dimulai dengan acara Fun Run, Fun Ride dan Zumba selain pertandingan futsal antara parlimen diikuti sesi Dapur Felda bersama cef selebriti tanah air, Chef Wan.

Booth Autoshow dan Big Bikers yang turut terlibat dalam sambutan pada tahun ini juga menarik minat ramai pengunjung khasnya penggemar tegar kereta dan motosikal untuk bersama-sama datang.

DATUK ROSYAM NOR MEMBERI PENCERAHAN MENGENAI PROGRAM #YUKENDUIT

PERTANDINGAN ZAPIN DI PENTAS UTAMA

PERTANDINGAN DIKRI BARAT ANTARA WILAYAH FELDA

PERTANDINGAN MEMASAK BERSAMA CHEF SELEBRITI CHEF WAN

ACARA FUN RUN, FUN RIDE DI SEBELAH PAGI TADI

SENAMROBIK ZUMBA

Selain itu, tidak ketinggalan di Dewan Utama Kementerian Kewangan turut diadakan bicarawara TN50 Felda dan slot ceramah e-Usahawan #YouCanDuit bersama selebriti Datuk Rosyam Nor.

Pihak Felda juga menjalankan kempen kerjasama dengan ‘Kami Anak Felda’ dan MDEC bagi memberi peluang kepada warga Felda khususnya mempelajari serta menceburi bidang usahawan secara online.

Manakala di pentas utama dan di kawasan sekitar turut berlangsung beberapa pertandingan menarik antaranya Treasure Hunt, pertandingan zapin, pertandingan dikir barat antara Wilayah Felda seluruh Malaysia.

Turut diadakan ialah pertandingan Filem Pendek, pertandingan busker dan suara emas. Manakala di padang Pancarona di Presint 18 berlangsung pertandingan futsal peringkat akhir.

Ia melibatkan Wilayah Felda Alor Setar menentang Wilayah Felda Kuantan. Selepas tamat pertandingan, diikuti pula perlawanan persahabatan antara Felda United All Star menentang Selebriti Pilihan.

Malam ini dijangka lebih meriah apabila diadakan Konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang dibarisi artis baru meningkat naik dan beberapa penyanyi kelahiran Felda sendiri. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...