Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Keserasian Pemain Lama, Baharu...

ALOR SETAR - Keserasian antara pemain lama dan baharu menjadi tanda aras dalam...

Kuil : Waytha Moorthy...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy meminta...

Teliti Harumanis Elak Menjadi...

KUALA PERLIS - Jabatan Pertanian Perlis menasihatkan orang ramai supaya lebih teliti ketika...

Pemandu Bas Sukan SEA...

SHAH ALAM - Seorang pemandu bas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang...

Pulau Indah Yang Dihuni 495 Kucing Comel

HAWAII – Cuti hujung minggu memang menjadi detik yang sangat dinantikan oleh masyarakat dengan ada mengembara ke pantai dan gunung untuk melihat pemandangan indah sebagai destinasi percutian.

Namun, ada sebuah tempat yang unik yang wajib anda kunjung semasa cuti akhir panjang tiba. Jika anda ingin tahu, Hawaii di Lautan Pasifik ialah salah satu pulau yang menawarkan tempat indah dan membuatkan anda suka berada di sana.

Pemandangan yang cantik, cuaca yang sangat selesa untuk berehat, serta buah nanas yang sedap untuk dinikmati semasa bersantai. Juga keunikan Lanai, salah satu pulau terletak di Hawaii ini, memiliki tempat percutian berbeza, khususnya bagi anda yang pencinta kucing.

Media tempatan melaporkan, Lanai Cat Sanctuary menjadi tempat yang sangat menyenangkan kerana anda boleh bebas bermain dengan sejumlah 495 ekor kucing.

Pulau Yang Dihuni 495 Kucing Comel

Lanai Cat Sanctuary telah menjadi objek pelancongan tersendiri bagi pelawat. Lokasi sangat menyenangkan malahan anda juga boleh menghabiskan masa terluang dengan bermain bersama haiwan yang comel itu.


Tiada jarak membataskan antara pengunjung dan kucing. Ratusan kucing dibiarkan terlepas di laman seluas 25 ribu kaki tersebut. Pengunjung juga boleh bermain selama tiga atau empat jam setiap harinya.

Mereka yang datang pasti jatuh cinta pada salah satu kucing comel itu. Bahkan mamalia ini juga berkesempatan untuk menerima kedatangan manusia.

Selain itu, tempat ini juga menerima sumbangan untuk kucing unik untuk mereka dapat hidup lebih selesa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori