Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

APMM Sabah Bakal Terima...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah bakal menerima satu...

TNB Lancar Iklan Raya...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menampilkan sebuah iklan raya yang mengetengahkan...

Kerajaan Sedia Rombak Akta...

GEORGE TOWN - Kerajaan bersedia merombak semula Akta Perikanan 1985 sekiranya terdapat kelemahan...

Robot Catur Patahkan Jari...

MOSCOW – Sebuah robot pemain catur mematahkan jari lawannya iaitu seorang kanak-kanak berusia...

Keputusan PPS Mahkamah Bukti Kerajaan BN Betul

KUALA LUMPUR – Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang memutuskan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa untuk tubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) membuktikan DAP telah memfitnah Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Najib Razak berkata, Lim Guan Eng pernah menuduh kerajaan BN telah menindas mereka apabila PPS diharamkan.

“Masa itu, kita kata ini melanggar undang-undang. Dia kata tidak! Kata kita tipu. Kita zalim kepada mereka.

“Akhirnya, Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa untuk tubuhkan PPS mereka kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini bermakna, kata bekas perdana menteri itu, semua ahli PPS telah ditipu DAP untuk menyertai pertubuhan haram.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim dalam penghakimannya berkata, PPS tidak boleh diwujudkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan kerana tiada peruntukan di bawah Akta itu yang memperuntukkan penubuhan persatuan seperti PPS.


Beliau berkata, kerajaan Pulau Pinang telah mengambil pendirian bahawa PPS bukan sebuah persatuan tetapi persatuan orang-orang yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis seperti Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan.

“Pada pandangan kami, kebergantungan responden (Kerajaan Pulau Pinang) pada seksyen 9 dan perenggan 101 (v) Akta Kerajaan Tempatan sebagai asas undang-undang bagi penubuhan PPS tidak disokong oleh fakta dan undang-undang,” kata Hakim Zaharah yang menyampaikan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, tidak ada apa-apa dalam Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan penubuhan sebuah persatuan sukarela seperti PPS untuk membantu kerajaan negeri dalam pentadbiran negeri atau pelaksanaan fungsinya. – MalaysiaGazette

Kategori