Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Cristiano Ronaldo Bawa Anak...

SEBELUM ini satu rakaman video menunjukkan seorang jurugambar wanita Hungary menahan dengan kaki...

Gajah Mengamuk Pijak Kereta

LIMA individu bernasib baik apabila berjaya keluar untuk menyelamatkan diri apabila kenderaan mereka...

Air Paip Perlu Dimasak...

BATU GAJAH - Air paip perlu dimasak terlebih dahulu sebelum ia boleh diminum,...

Skandal FB, Cambridge Analytica...

FIRMA analisis pemasaran Britain, Cambridge Analytica mengumumkan penutupan operasi dan bakal mengemukakan permohonan...

Pulau Misteri Kini Dipenuhi Pelbagai Hidupan Liar

NUKU ALOFA – Sebuah pulau misteri yang muncul selepas berlaku letusan gunung berapi di Lautan Pasifik pada tahun 2015 kini sudah dipenuhi pelbagai hidupan liar khususnya spesies burung laut dan tumbuhan berbunga yang benihnya disebarkan melalui najis burung.

Pasukan saintis yang melawat pulau itu baru-baru ini menemui beratus-ratus burung yang dikenali sebagai ‘sooty tern’ bersarang di sepanjang kawasan tebingnya.

“Kebanyakan kawasan pulau ini dipenuhi batu kerikil hitam dengan saiznya hanya sebesar kacang pis,” kata saintis Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard di bawah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Dr. Dan Slayback kepada blog Earth Expeditions.

Pulau yang dikenali penduduk tempatan sebagai Hunga Tonga-Hunga Ha’apai itu muncul di tengah-tengah antara dua lagi pulau dibentuk daripada letusan gunung berapi dasar laut, kira-kira 30 kilometer di tenggara Tonga.


Bagaimanapun, saintis memaklumkan pulau baharu itu mula dihakis hujan serta ombak laut dan mereka tidak pasti berapa lama lagi sebelum pulau tersebut hilang bersama kepelbagaian hidupan liar yang hidup di atasnya. – Agensi

Kategori