Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Sokong Perjuangan Rakyat...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia akan terus menjadi...

Lebih 20,000 Peserta Sertai...

SEREMBAN - Lebih 20,000 peserta dari seluruh negeri menyertai program Tadarus dan Khatam...

Malaysia & Sri Lanka...

COLOMBO (SRI LANKA) - Malaysia dan Sri Lanka menikmati hubungan yang rapat terutama...

Proses Pengundian Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap proses pengundian Pilihan Raya...

Public Mutual Umum Agihan RM86 Juta Bagi 10 Dana

KUALA LUMPUR – Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengumumkan agihan berjumlah lebih RM86 juta bagi 10 dananya.

Agihan kasar seunit yang diumumkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018, adalah 1.25 sen bagi Public Saving Fund; Public Focus Select Fund (0.50 sen); Public Strategic Bond Fund (4.25 sen); Public Islamic Savings Fund (0.25 sen); Public Islamic Growth and Income Fund (0.25 sen).

Dana lain ialah Public Islamic Enhanced Bond Fund pada 3.25 sen seunit, Public Islamic Strategic Bond Fund (4.25 sen), PB Asia Pacific Enterprises Fund (1 sen), PB Mixed Asset Conservative Fund (0.70 sen) dan PB Aiman Sukuk Fund (4.75 sen).

Sehingga akhir November 2018, saiz keseluruhan dana diuruskan oleh syarikat itu adalah sebanyak RM80.15 bilion.

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dan merupakan penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan dengan mempunyai lebih 130 dana unit amanah di bawah pengurusannya. – BERNAMA

Kategori