Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kantoi Bangla Diberi MyKad:...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa telah mengambil keterangan wanita yang menggunakan profil Facebook...

Tambang E-hailing Cekik Darah,...

PETALING JAYA: Perkhidmatan e-hailing ketika ini didakwa menaikkan kadar tambang melampau yang semakin...

Penerangan GST Tangani Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Pelbagai aktiviti penerangan berterusan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Penjawat Awam Antara 3...

KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam antara tiga individu yang ditahan polis bahagian...

Puad Luah Berundur Sebagai Ketua Pengarah Jasa

25.4.2108… HARI TERAKHIR DI JASA

Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya. Saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di Jasa.

Tempat panas sehinggakan DAP pernah bawa usul ke Parlimen di sidang Dewan Rakyat terakhir awal tahun ini supaya Jasa dibubar. Sebelum ini dalam bajet Pakatan Harapan (PH) mereka mencadangkan Jasa ditutup sahaja.

Kalau mahu disebut satu persatu memang banyak yang telah dilakukan sehingga Jasa semakin dikenali termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta juga dalam kalangan pelajar Malaysia berada di luar negara.

Apakah saya marah dan merajuk? Itulah tuduhan oleh mereka yang tidak mengikuti sejarah saya. Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 1999 nama saya dipotong di saat akhir sebab saya dituduh konon penyokong Anwar Ibrahim.

Ini kerana saya kebetulan pernah menjadi guru di sekolah beliau Yayasan Anda Akademi. Saya tidak lari. PRU 2004 nama saya langsung tidak tersenarai walaupun ketika itu saya adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

Malah saya juga setiausaha politik (setpol) YAB Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman pada waktu itu. Saya turut meletakkan jawatan sebagai setpol dengan serta merta. Tetapi saya juga tidak ‘lari’ daripada UMNO.

PRU 2013 saya kalah kerana tsunami Cina. Ramai tokoh lain juga kalah tetapi mereka tetap dapat bertanding kali ini. Saya juga tidak lari. Di PRU 2018 ini, nama saya kemudian digugurkan lagi dalam tempoh hanya 24 jam.

Ia berlaku setelah saya menerima panggilan dan sebelumnya ditemui oleh Tan Sri Fatmi Salleh yang mengesahkan pencalonan saya. Pengguguran berlaku tanpa perundingan walaupun saya ahli MT, KP JASA dan Ketua Bahagian.

Sebab itu saya berani persoal sistem pemilihan calon PRU kali ini adalah rosak. Timbalan Perdana Menteri (TPM) mendakwa saya digugur kerana berlaku kerosakan sehingga sokongan terhadap BN merosot di Parlimen Batu Pahat.


Maka dakwaan itu meyakinkan saya sistem pemilihan kali ini adalah rosak dan corrupted. Bagaimana dikatakan berlaku kerosakan walhal UMNO Batu Pahat berjaya menambah dan memindah pengundi hampir 7,000 orang.

Ia sehingga menyebabkan Parlimen Batu Pahat menjadi top five pertambahan tertinggi pengundi Melayu di Johor. Apakah saya akan dikenakan tindakan disiplin hanya kerana menjawab komen daripada TPM secara terbuka?

Kalau begitu kenapa Datuk Ahmad Said yang membawa usul supaya Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dipecat sebagai Menteri Besar Terengganu tidak pula dikenakan tindakan malah dicalonkan semula untuk PRU kali ini.

Memang sistem kita rosak sehingga calon tidak bermoral pula dipilih. Calon yang tidak ada membantu parti juga terpilih. Walaupun saya gigih mempertahankan pihak kerajaan melalui Jasa, ia seperti tidak berbaloi.

Tetapi meletakan jawatan adalah langkah terbaik. Terima kasih kepada seluruh staf Jasa kerana bekerjasama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Maafkan saya kerana memimpin Jasa dengan cara yang keras dan tegas. Hanya Allah SWT juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. UNTIL I WIN.Datuk Puad Zarkashi

Kategori