Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Amaran DBKL: Daftar Kuil...

KUALA LUMPUR- Kuil-kuil yang hendak dibina di ibu kota diminta untuk mendaftarkan rumah...

Akta Laksana Perintah Kawalan...

PETALING JAYA – Penguatkuasaan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dilanjutkan bagi tempoh...

Selebriti Malaysia Bersatu Hati...

KUALA LUMPUR: Pendermaan organ merupakan satu perkara mulia yang perlu dititikberatkan oleh setiap...

VIDEO: Kelakar.. Bila Industri...

KELAKAR.. industri fesyen sekali lagi diangkat ke 'fasa baru' oleh seorang individu yang...

PTPTN Umum Dividen 4 Peratus SSPN

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) empat peratus untuk dua Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2019 iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pemberian dividen berkenaan membabitkan anggaran peruntukan RM147.25 juta dan akan memanfaatkan 4.39 juta pendeposit PTPTN.

Tahun lalu, SSPN memperoleh keuntungan pelaburan berjumlah RM205.27 juta, peningkatan RM41.73 juta atau 25.52 peratus berbanding RM163.54 juta tahun sebelumnya.

“Selaras hasrat kerajaan untuk memastikan simpanan dalam SSPN sentiasa terjamin dan dilindungi, PTPTN mengamalkan kaedah pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal, di samping memberi pulangan atau keuntungan yang tinggi dan positif.

“Keuntungan SSPN bagi 2019 sebanyak RM205.27 juta ini adalah yang tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah PTPTN,” katanya pada majlis pengumuman Dividen 2018 Skim SSPN di ibu pejabat PTPTN di sini, hari ini.

Beliau berkata, PTPTN turut mengumumkan program Ganjaran Kesetiaan 2020 dengan pendeposit SSPN-i yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Ganjaran Kesetiaan satu peratus atas simpanan dalam tempoh promosi. – BH Online

Kategori