Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tahfiz: Sebahagian Remaja Ditahan,...

KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada tujuh remaja yang ditahan susulan kebakaran pusat tahfiz...

Siakap Pangkor Tidak Cecah...

BATU GAJAH: Harga ikan siakap di Pulau Pangkor dijual pada harga berpatutan dan...

Biar Rakyat Pilih PAN...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berpesan kepada...

Pemimpin Yang Baik Tidak...

SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul...

PTPTN: Ratusan Siswa Himpun Marah Ditipu PH

LEBIH 350 mahasiswa dari seluruh negara berhimpun di ibu kota bagi tuntut janji Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Perhimpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) itu bermula kira-kira pukul 2 petang hari ini dengan peserta berkumpul di Masjid Jamek kemudian berarak menuju ke pejabat PTPTN di Jalan Yap Kwan Seng.

Ketika berarak melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ismail, mereka tuntut janji PH berkaitan PTPTN serta mahu Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng letak jawatan.

Exco Politik Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Yazid Khairul Azman berkata himpunan kali ini adalah amaran siswa kepada kerajaan PH yang sebelum ini menawarkan janji manis hapus hutang PTPTN dalam manifesto mereka.

“Kami hendak suarakan janji PTPTN dan mahu selamatkan negara. Kami tidak perlu pemimpin munafik mungkiri janji. Apabila ditipu, mereka tidak berbaloi lagi untuk diselamatkan dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang.


“Jadi rakyat (wajar) buang mereka dari Putrajaya. Pelajar mengundi PH kerana janji mereka pada PRU ke-14 lalu,” kata Yazid. Kumpulan itu mengenakan baju hitam selain ikat tali hitam di kepala sebagai tanda protes kerajaan.

Selain itu mereka turut bersemangat bawa sepanduk yang antara lain bertulis “Tuntut Janji PTPTN” sambil melaungkan “Hidup Mahasiswa”, “Bangkit Mahasiswa” serta “Tolak Kezaliman”. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

Kategori