Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

2 Rakyat Malaysia Pulang...

PUTRAJAYA - Dua daripada 107 individu, yang tiba di tanah air Selasa pagi dari Wuhan,...

2 Penjenayah Terlibat 17...

KULAIJAYA - Dua penjenayah dipercayai terlibat dengan 17 kes samun dan pecah rumah...

Jurulatih Beregu Lelaki Negara...

SEREMBAN – Pemilihan jurulatih beregu lelaki negara yang dikosongkan oleh Jeremy Gan, minggu...

Kisah Rezeki Dipilih Jadi...

ALANGKAH gembira rasanya hati apabila diberikan peluang menunaikan rukun Islam kelima selepas penantian...

PTPTN Mahu Pasti Beban Hutang Dapat Selesai

KUALA LUMPUR – Beberapa langkah bagi bantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2019 adalah sebahagian usaha memastikan bebanan hutang ditanggung badan itu didapat diselesaikan, kata Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan.

Menyifatkan bebanan hutang tersebut sebagai ‘amat tinggi’, beliau berkata pihaknya komited untuk melaksanakan langkah-langkah itu, yang juga sebahagian daripada agenda reformasi yang sedang dijalankan PTPTN.

Menerusi kenyataan media kepada Bernama, Wan Saiful berkata beliau mengambil pendekatan serampang dua mata iaitu untuk mengembalikan peranan PTPTN sebagai sebuah ‘tabung’ pendidikan bersesuaian dengan nama dan niat asal penubuhan badan itu, dan juga untuk mendidik masyarakat dengan nilai-nilai murni.

“Sepak terajang politik selama ini menyebabkan PTPTN lebih dikenali sebagai sebuah agensi pemberi pinjaman.

“Ini merupakan penyelewengan daripada peranan yang lebih lestari dan lebih baik untuk rakyat, iaitu sebagai agensi penabungan untuk masa hadapan,” katanya.

Wan Saiful berkata pihaknya mahu menerapkan nilai-nilai murni yang pernah disebut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu rajin bekerja, amanah, dan malu untuk melakukan kesalahan.


“Semua ini adalah nilai-nilai yang diperlukan untuk memastikan rakyat akan bertanggungjawab dalam melaksanakan peranan dan kewajipan mereka dalam segala hal, termasuklah dalam urusan-urusan berkaitan PTPTN,” katanya.

Menurut beliau, penjelasan yang lebih terperinci mengenai pelaksanaan reformasi PTPTN itu akan dijalankan menerusi sesi-sesi pertemuan dengan pemegang taruh di seluruh negara dalam jangka masa terdekat.

Kerajaan mengumumkan lima langkah berkenaan pinjaman PTPTN dalam Belanjawan 2019 iaitu pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara dua peratus hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam, pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019 dan layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Turut akan dilaksanakan ialah potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama selain menghapus kira baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PTPTN

Kategori