Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pramugari Dibuli Masuk Ke...

BEIJING - Syarikat penerbangan Kunming Airlines berjanji untuk menyiasat dan mengambil tindakan selepas...

PTPTN Kurangkan Jumlah Pembiayaan...

KUALA LUMPUR - Jumlah pembiayaan baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk...

Cuepacs Harap PM Laksana...

SHAH ALAM : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap Perdana...

Hospital Medan Tunda Operasi...

JOHOR BAHRU - Hospital medan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dijangka beroperasi...

PTPTN Kena Kecam Netizen

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikecam selepas pihak pengurusannya bercadang mengenakan beberapa tindakan kepada peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.

Selain bercadang mengenakan sekatan semula perjalanan ke luar negara, PTPTN juga mahu menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan.

Cadangan-cadangan itu mengundang kritikan daripada para netizen yang tidak berpuas hati.

Seorang netizen, Augustine Mellblen menyifatkan cadangan terbaharu itu paling bodoh yang pernah dia dengar.

“Pejuang PTPTN dulu dah mati ke semua? Mana semua idea mereka ni dulu?” katanya yang menulis di ruangan komen Facebook PTPTN.

Mohd Iqbal B. Johari berkata: “Dengar kat TV3 tadi, siapa tak bayar pinjaman, nama kena blacklist, tak boleh keluar negara, lesen tak boleh renew.. pasni ramai la bawa kereta takde lesen, mati katak.”

Manakala Wan Azua pula berkata: “Nak suspend..suspend passport je la..tak payah suspend lesen kereta perniagaan bongok..dah tu macam mana dorang nak bergerak pegi tempat keje.”

Warganet, Nor Musliza Othman pula meminta PTPTN tidak zalim untuk melaksanakan cadangan-cadangan tersebut.

“Nor Musliza Othman Jangan la zalim sangat, sampaikan buat lesen memandu tak boleh sambung. Penting kot lesen tu..,” ujarnya.

Malah, ada dalam kalangan netizen yang memberi komen dengan membangkitkan semula janji manifesto Pakatan Harapan yang dibuat pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.


Antaranya, Erica Silverstine yang menyindir: “Wow bagus kena kencing mana pendidikan percuma dulu kemain hasut kata jangan bayar PTPTN kalau PH menang PTPTN dimansuhkan mana janji manismu?? Kerajaan PH?? Mana pendidikan percuma.”

Shafee Dulaip pula berkata: “Betul PTPTN perlu bayar balik, dah pinjam memang kena bayar baliklah, Tapi Macam Mana dengan janji kerajaan PH untuk Mansuhkan bayaran balik pinjaman PTPTN PRU lepas???”

Dalam manifesto itu, PH menjanjikan penangguhan pembayaran balik pinjaman bergaji kurang RM4,000 sebulan, pembayaran bergantung kepada jumlah gaji peminjam dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas pinjaman.

Tidak kurang juga ada peminjam yang mahu kerajaan mempertimbangkan untuk tidak mengenakan faedah ke atas peminjam PTPTN.

Seorang netizen, Mawaddah Warahmah Rusdi berkata: “Harap kerajaan kaji supaya tidak di kenakan riba yang tinggi terhadap peminjam..dan berharap sangat kerajaan menghapuskan feadah (interest) untuk pinjaman pelajaran.”

Sementara itu, Livin Rozar menulis: “PTPTN… berfikir secara matang.. kenapa Yuran menjadi terlalu tinggi sampai kena berhutang untuk belajar…cari jalan untuk selesaikan masalah tu… benda simple pun taktau nak berfikir secara rasional..”

Mohd Nazri juga berkata: “Cuba buat pinjam RM20k bayar RM20k bukan bersifat keuntungan, ni tak bila bayar setiap bulan sakau hampir rm50.. Mesti org rasa lembut hati bayar, buat la gaji RM4k baru wajib bayar.” – MalaysiaGazette

Kategori