Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

HP Di Kocek Terbakar,...

SEORANG lelaki yang tinggal di Wuhan, China berhadapan detik paling cemas dalam hidupnya...

Melancap Di Rumah Jiran,...

POLIS menahan seorang pelajar kolej berhubung video menunjukkan lelaki telanjang sedang melancap di...

Lelaki Rentung, Seorang Lagi...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki rentung manakala seorang lagi mangsa melecur 95 peratus...

Dakwaan Sewa Mara Digital...

KUALA LUMPUR - Dakwaan sesetengah pihak bahawa kadar sewa premis perniagaan di Mara...

PRU14: Tidak Jadi Pisang, Diva AA Pilih Simbol Gajah

UNIK… Ramai tahu bahawa 9 Mei ini adalah tarikh mengundi bagi warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nampaknya semakin terasa.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai pengacara kontroversi, Azwan Ali mengesahkan bakal bertanding sebagai calon bebas dalam PRU-14 demi menentang abang kandung sendiri iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Difahamkan, Azwan pernah berkata beliau akan bertanding di mana-mana sahaja kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR itu.

Baca: PRU14 : Azwan Ali Bertanding Lawan Azmin

Sebelum ini, Azwan yang juga lebih dikenali sebagai Diva AA itu dikhabarkan pada mulanya mahu menggunakan simbol pisang sebagai logo pilihan raya untuk kempen politik dirinya.

Azwan Ali bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa bagi mencabar Azmin.

Bagaimanapun dipetik daripada laporan Sinar Harian, beliau kemudian telah berubah fikiran apabila menukar logo berkenaan kepada simbol mamalia terbesar darat iaitu gajah.

Malah, beliau juga tidak menyatakan sebab sebenar dan terperinci mengapa beliau tiba-tiba berubah fikiran menukar logo berkenaan kepada simbol haiwan itu daripada buah tersebut.

“Panas, panas… panas, saya boleh sahkan bahawa saya menggunakan logo Gajah. Saya akan bertanding sebagai calon Bebas, sebab apa saya ke sana kerana, saya yakin rakyat di Bukit Antarabangsa, muak dengan janji palsu Azmin,” ujar Azwan.

Dalam pada itu, selebriti terkenal tersebut dikatakan turut mengesahkan bakal bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa bagi mencabar Azmin.

Memetik sumber lagi, difahamkan Azwan turut menggariskan lima aku janji sebagai taruhan terbaik beliau buat rakyat di Bukit Antarabangsa.


“Antaranya, konsep turun padang tiap hari demi rakyat; Hapuskan politik rasuah serta merta; Masalah air Selangor diselesaikan secepat mungkin; Rumah mampu milik untuk rakyat dan Kerap sesi sedekah bersama rakyat,” ujarnya.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sementara itu, ditanya mengenai tahap keyakinan beliau bagi meraih undi di kerusi berkenaan, beliau mengakui tidak kisah sekiranya hanya mendapat satu undi sahaja.

“Saya telah selesai urusan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jadi ini membuktikan bahawa saya serius untuk bertanding.

“Saya tetap yakin, walaupun satu undi, saya okay, ia sudah cukup berharga bagi saya meskipun hilang wang pertaruhan, itu duit saya bukan duit anda,” jelas Azwan.

Umpama bertemu buku dengan ruas, ‘pertarungan’ di antara dua beradik itu bakal menyaksikan bentuk persaingan yang sudah pasti sangat sengit kelak! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori