Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sebanyak 22.3 Juta Sony...

Sony hari ini melaporkan sebanyak 22.3 Juta konsol PlayStation 4 telah berjaya mereka jual...

Kanak-Kanak 2 Tahun Parah...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun kini bertarung nyawa selepas dirogol dan dikelar lehernya,...

Malaysia Terima Pesawat Airbus...

KUALA LUMPUR - Airbus Defence and Space secara rasmi menyerahkan pesawat pengangkutan tentera...

Gila… Anak Korek Mata...

MAYAT seorang lelaki berusia 61 tahun ditemui dalam keadaan amat ngeri dan menyedihkan...

PRU14: Polis Awasi 15 Kawasan Panas Di Pahang

KUANTAN – Polis Pahang telah mengenal pasti 15 kawasan panas di seluruh negeri ini yang dijangka akan berlaku kekecohan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata hasil risikan pihaknya juga telah mengesan beberapa kumpulan yang ‘berpotensi’ mampu menimbulkan kekecohan dan kekacauan sepanjang tempoh itu.

“Kita telah kenal pasti kumpulan dan kawasan panas tersebut berdasarkan faktor pecahan pengundi serta saingan sengit antara parti yang bertanding, namun saya tidak mahu nyatakan kerana tidak mahu menimbulkan persepsi negatif dan kerisauan penduduk setempat.

“Polis akan pantau rapi kawasan yang terlibat bermula dari sekarang hingga pembuangan undi untuk memastikan pilihan raya di negeri ini dapat diadakan dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Belliau berkata demikian selepas menyaksikan Simulasi Ex Undi Per Siri 2 Fasa 2 di Kem Bukit Galing di sini hari ini, yang turut dihadiri timbalannya Datuk Jamaluddin Abd Majid.

Turut diadakan pada hari ini simulasi menangani kejadian rusuhan berhampiran Wisma Sri Pahang di sini yang disertai 310 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Gerakan Am, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam.

Beliau berkata polis dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain telah mengadakan 67 eksesais di seluruh Pahang sejak semalam, melibatkan pelbagai situsai bermula fasa pembubaran parlimen hinggalah pasca PRU.


“Ini merupakan fasa terakhir dan diharapkan dengan latihan yang diadakan ini, semua anggota dan pegawai polis serta aset PDRM di negeri ini telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU14 tidak lama lagi.

“Eksesais yang diadakan ini juga dapat menguji sejauh mana keberkesanan perancangan dan tindakan polis dalam menghadapi situasi ancaman keselamatan dan ketenteraman awam selain menguji rangkaian komunikasi kita,” katanya.

Menurutnya sepanjang temph PRU14 nanti seramai 6,269 pegawai dan anggota daripada pelbagai cabang PDRM akan bertugas dalam tempoh itu, selain turut dibantu satu pasukan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan dua Unit Pencegah Rusuhan (PORU). – BERNAMA

Kategori