Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

DAP Minta Melayu Jangan...

KUALA LUMPUR - DAP meminta orang Melayu mengabaikan segala sumbangan dan jasa yang...

Radzi Hadir Persidangan UNESCO...

PUTRAJAYA : Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin kini berada di Paris...

Ujian Ramadan… Jumpa Hampir...

ALHAMDULILLAH... Masih wujud lagi insan yang berhati mulia dan jujur dalam masyarakat kita...

iPhone Bakal Hadir Dengan...

URA-URA mengenai peranti iPhone 7 yang bakal menggunakan kaca AMOLED untuk skrinnya telah...

PRU14: Penyokong PH Rai Kemenangan Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Lebih 1,000 penyokong Pakatan Harapan (PH) berhimpun di Persiaran Perdana di sini, bagi meraikan kemenangan pakatan itu membentuk Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mereka mula berkumpul pada 10.30 malam tadi, selepas Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Kebanyakan penyokong itu yang datang dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan sekitar, membawa bendera PKR dan bersorak serta membunyikan hon kenderaan masing-masing ketika melalui kawasan Persiaran Perdana.

Bagaimanapun hujan lebat pada 11.20 malam memaksa kumpulan penyokong tersebut bersurai dan berlindung di bangunan-bangunan berhampiran sebelum mula berhimpun semula pada 12.15 tengah malam.

Tiada insiden tidak diingini berlaku pada perhimpunan itu sehingga mereka bersurai pada 1.30 pagi ini, dengan semua jalan menuju ke Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri masih ditutup kepada orang awam.


Pada PRU14 ini, PH memenangi 135 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu. – BERNAMA

Kategori