Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

5,468 Borang Pencalonan Dijual...

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjual sebanyak 5,468 borang pencalonan bagi...

Raghad Buat Laporan Polis...

Kuala Lumpur: "Sebagai isteri dan penjaga Tun Taib Mahmud, saya letakkan kesihatan dan...

Apabila Pelumba Nascar Menjadi...

APAKAH perasaan anda sekiranya video yang dihasilkan dengan segala titik peluh yang ada dipertikaikan...

Sembilan Samseng Sembelih Orang...

SEMBILAN lelaki warga Myanmar suspek kes pembunuhan kejam yang memotong dan membuang anggota badan...

PRU14: PDRM Siasat Panggilan Telefon Misteri

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat panggilan telefon misteri yang dikatakan diterima beberapa pemimpin parti politik serta pegawai kanan kerajaan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Antara yang mendakwa menerima panggilan tidak berjawab daripada nombor luar negara ialah Naib Presiden UMNO, ​​​​​​Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said serta pemimpin pembangkang seperti Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

“Telefon bimbit saya turut menjadi mangsa serangan (terima panggilan misteri) seawal 5 pagi tadi yang memaparkan nombor asing daripada pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata Mohamad Fuzi pada sidang akhbar selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan Bangsar di sini, hari ini.

Beliau berkata polis percaya tindakan itu dibuat untuk mengganggu proses pemantauan hubungan komunikasi PRU14 antara pemimpin politik dan jentera parti masing-masing.

“Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terperinci,“ katanya.

Mohamad Fuzi berkata PDRM sedang mengenal pasti pihak yang melakukan kegiatan itu dan menganggap ia berniat jahat.


Hishammuddin menerusi akaun Twitter @HishammuddinH20 berkata beliau baru sahaja selesai mengundi apabila menyedari ada panggilan tidak berjawab daripada nombor-nombor tidak dikenali manakala Salleh turut menerima banyak panggilan spam pagi ini daripada nombor-nombor tidak dikenali, baik dari dalam mahupun luar negara.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata telefon bimbit serta e-mel utama kebanyakan calon Pakatan Harapan menjadi sasaran serangan gaya baharu tersebut. – BERNAMA

Kategori