Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

The Edge Terima Surat...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Media The Edge memohon lanjutan tempoh tujuh hari untuk...

Mesyuarat Pilih KPN Baharu...

KUALA NERUS  – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan...

Sekolah Agama Petang Perlis...

KANGAR - Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) akan mula dilaksanakan tahun hadapan bagi...

Polis Tahan 3 Suspek...

KOTA TINGGI - Polis menahan tiga lelaki, termasuk dua pelajar tingkatan dua, dipercayai...

PRU14: Penjawat Awam Dinasihat Buat Pilihan Tepat

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menasihatkan penjawat awam membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bagi memastikan kelangsungan keamanan, keharmonian dan kestabilan ekonomi negara.

“Kita akan berhadapan dengan pilihan raya pada 9 Mei ini. Dalam hal ini, saya sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan saudara saudari dalam melaksanakan amanah dan hak kita dengan penuh tanggungjawab dan bukan secara emosi,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2017 di sini, hari ini.

Seramai 1,812 kakitangan Jabatan Perdana Menteri daripada 79 jabatan, agensi dan bahagian menerima APC 2017.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei dan tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

Ali berkata pencapaian negara hari ini tidak akan terhasil tanpa dasar dan inisiatif yang diperkenalkan barisan kepimpinan negara.

Penjawat awam, katanya, perlu memikul tanggungjawab dan amanah dalam memastikan segala dasar dan inisiatif yang diperkenalkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya menerusi konsep ‘Merakyatkan Pekhidmatan Awam’.

“Kita (penjawat awam) tidak harus lupa kepada ikrar dan janji dalam memartabatkan penyampaian dan imej perkhidmatan awam,” katanya.


Menurut Ali, pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai penunjuk arah dalam memacu negara kepada kejayaan bertunjangkan kepada lima prinsip iaitu ekonomi, global, berwawasan, rakyat di hati dan penyampaian kepada rakyat.

Dalam mentransformasikan perkhidmatan awam pula, perdana menteri sentiasa mengingatkan penjawat awam agar bersikap inklusif, cekap dan berbudaya murni lagi inovatif, katanya.

Menurutnya, Najib turut menyarankan tiga prinsip nilai yang seharusnya dijadikan teras dalam melaksanakan tugasan iaitu rangkaian Wala’ iaitu kasih, kepatuhan dan kesetiaan; Wasatiyyah iaitu kesederhanaan seimbang dengan cemerlang dan Tabayyun iaitu selidik dengan teliti kesahihan berita.

Ali juga berkata kerajaan pimpinan Najib juga sentiasa menerima pelbagai idea mahupun maklum balas untuk penambahbaikan dengan wujudnya pelbagai platform dibawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). – BERNAMA

Kategori