Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Israel Negara Pertama Serang...

BAITULMAQDIS - Israel menjadi negara pertama menggunakan jet pejuang kalis radar F-35 buatan...

Pesakit Tak Pernah Ke...

SELURUH dunia, terutama di Indonesia digemparkan dengan kehadiran Virus Zika apabila seorang individu di Jambi,...

Adik Jual Nasi Lemak...

KISAH seorang gadis belasan tahun yang gigih berniaga di hadapan sebuah bank demi meringgankan beban...

Abang Ipar ‘Serang’ Aqasha...

KONTROVERSI pergolakan rumah tangga Aqasha nampaknya masih belum berkesudahan apabila baru-baru ini abang...

PRU Ke-14: Politweet Ramal Pembangkang Kalah Teruk

KAJIAN terkini daripada pihak Politweet pada 11 Januari lalu, mengesahkan lagi siri kajian sebelum ini agensi penyelidikan itu bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus kekal menawan Putrajaya.

Jadi tidak perlulah tokoh utama pembangkang yang kini berusia hampir satu abad itu bercita-cita besar kononnya hendak menjadi Perdana Menteri sementara, kerana mimpi tersebut akan tinggal angan-angan semata mata.

Dalam kajian Politweet yang terbaharu diterbitkan, didapati 45% pengundi cenderung sokong BN, manakala parti serpihan kecil iaitu PPBM dan PAN dijangka kalah agak teruk pada Pilihan Raya Umu (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Ini bukan kali pertama Politweet membuat kajian yang memihak kepada BN. Pada Julai 2017, Politweet menyatakan 51.6% atau 3.3 juta pengguna laman sosial Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN.

Ia amat berbeza jika dibandingkan dengan hanya 9.4% atau 600,000 netizen tempatan yang dikenal pasti sebagai peminat eksklusif blok pembangkang semeentara baki 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini lagi, banyak kajian meramalkan BN akan terus menang dalam PRU ke-14. Laporan The Economist Intelligence Unit pada Januari 2017 menyatakan perpecahan dalam pembangkang memberi kelebihan kepada BN.

Pada 14 Ogos 2016, akhbar berpengaruh South China Morning Post berpangkalan di Hong Kong juga menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seumpama “bank yang terlalu besar” dan sukar untuk gagal.

Biarpun dilanda badai serangan bekas perdana menteri paling lama memerintah Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dari segenap penjuru, Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO masih tetap utuh berdiri.

Pada 24 Mac 2017, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram, pemegang kursi Tun Hussein Onn di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) turut meramalkan BN akan terus menang dan Najib tetap kekal dengan jawatannya.

Pada 17 April 2017, Prof. Hoo Kee Ping, penganalisis politik dari Singapura juga meramalkan PRU akan memihak BN kerana pertandingan tiga penjuru dan kelembapan ekonomi dunia membuatkan pengundi Cina memilih BN.

Mereka memilih untuk kestabilan ekonomi. Malah kajian oleh Invoke yang diketahui sebagai jentera Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada 6 Februari hingga 23 Mei 2017, menunjukkan 31% responden tetap memilih Najib

Ia peratusan tertinggi berbanding semua pemimpin pembangkang lain untuk menjadi perdana menteri. Hujung 2017, The Economist Intelligent Unit sekali lagi buat ramalan Najib akan memimpin BN mencapai kemenangan.

Menurut kajian majalah berpengaruh antarabangsa The Economist itu, biarpun mendapat cabaran sengit daripada pakatan pembangkang, namun kemenangan BN dalam pilihan raya yang akan datang adalah sudah pasti.

Ramalan pebagai firma penyelidikan luar negara tentang pertumbuhan ekonomi negara dan kedudukan mata wang ringgit juga ternyata tepat. Hari ini, kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah antara yang terbaik di dunia.

Bahkan ringgit semakin mengukuh kepada RM3.95 berbanding dolar Amerika Syarikat. Mata wang tempatan itu turut dinamakan antara paling kukuh di dunia dengan disokong rizab Bank Negara Malaysia yang cukup teguh!

Dalam kajian dibuat Politweet itu, mereka dapati PPBM adalah parti yang paling teruk bakal menerima kekalahan nanti. Dalam analisis yang dibuat berdasarkan kepada rekod keputusan PRU ke-13 pada 2013, DAP paling kuat.

Ia dikatakan akan menang paling banyak kerusi iaitu 31, hanya kalah 4 kerusi sahaja, manakala serpihan PAS iaitu PAN pula diramalkan cuma mendapat 18 kerusi sementara PPBM diunjurkan hanya boleh menang 6 sahaja.


Kalau tengok pada trend pada PRU ke-13, DAP menang 31 kerusi daripada 36 kerusi. Kemenangan DAP pada ketika itu ialah 86.1 peratus. Analisis Politweet menunjukkan PPBM mungkin menang 6 dari 52 kerusi yang bertanding.

Ia bersamaan dengan peratusan 11.5 peratus sahaja. Di atas kertas, PAN diramal dapat 18 dan PPBM dapat 6 kerusi. Itu jumlah yang banyak. Sebenarnya di peringkat bawah, hendak jumlah itu pun belum tentu bagi PAN dan PPBM.

Silap congak perhitungan, PAN barang kali dapat 2 kerusi dan PPBM pun dapat 2 kerusi sahaja. Faktor calon PAS belum diambil kira oleh Politweet. Jika tidak, kedua-dua parti berkenaan sebenarnya layak dapat sifar kerusi.

Dengan PAN tidak puas hati isu pembahagian kerusi di beberapa negeri membuatkan lagi peluang pembangkang untuk menang sukar kerana mungkin disabotaj oleh penyokong mereka sendiri yang kecewa ditipu pemimpinnya.

PAN Wilayah Persekutuan malah tidak berpuas hati kerana langsung tidak dapat sebarang kerusi untuk bertanding pada PRU ke-14 selepas cadangan kerusi tunggalnya, Titiwangsa secara tiba-tiba diberikan kepada calon PPBM.

Begitu juga PAN Johor bengang kerana hanya dapat calon dua kerusi di Pulai dan Parit Sulong walhal mereka mahu bertanding di kerusi Simpang Renggam. Penyokong PAN di Perak turut tidak puas hati apabila dapat empat kerusi.

Ini melibatkan Parit, Bukit Gantang, Parit Buntar dan Lumut serta juga bakal ditandingi oleh PAS sebagai kerusi tradisional mereka sejak sekian lama lagi untuk melawan sengit calon UMNO yang mewakili BN.

Jika ramalan kemenangan itu berlaku sebagaimana dikaji, Politweet meramalkan Pakatan Harapan (PH) hanya boleh mendapat 83 kerusi sahaja dan ia tetap gagal membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

Ini bermaksud BN pula akan menubuhkan kerajaan dengan 139 kerusi parlimen, ramal Politweet. Unjuran ini akan membuatkan pembangkang semakin gelabah untuk berebut kerusi yang selamat dan boleh menang untuk mereka.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri pun sudah hendak lari dari Gombak, begitu juga naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar mahu lari dari Lembah Pantai, malah otai DAP, Lim Kit Siang pun mahu lari ke Alor Setar.

Apabila sekadar menjadi ahli parlimen tetapi tidak pernah memberi khidmat kepada rakyat, siapa lagi yang mahu percaya dengan wakil pembangkang. Pihak pembangkang pun hanya mahu jawatan semata-mata.

Sesudah mendapat jawatan, mereka lari dari kawasan dan sibuk berpolitik 24 jam. Ini sebab utama kenapa rakyat tolak mereka. Berbeza dengan wakil BN yang terus fokus menjaga dan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Justeru kajian terbaharu Politweet ini menguatkan lagi hujah banyak penganalisis politik bahawa pakatan pembangkang akan kalah lebih teruk pada PRU ke-14 nanti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori