Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Faizal Tahir Tercalon Dalam...

PENYANYI bervokal tinggi yang sinonim dengan aksi energetik di atas pentas, Faizal Tahir...

Kadar Pengangguran Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kadar pengangguran di Malaysia setakat Ogos tahun ini berada pada...

Suka Hati Mahathir Tetapi...

KUALA LUMPUR - "UMNO masih ada. Tak mengapa. Suka hati dialah..." Itu respons ringkas...

PRU14: Senarai Penuh Calon...

KUCHING - Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi 31 kerusi Parlimen...

PRU-14: Mahathir, Mukhriz Bakal Jadi Calon DAP?

BONGKAR… Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz didakwa bakal bertanding atas tiket DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika mendedahkan perkara tersebut mendakwa, tindakan itu terpaksa diambil berikutan masalah penerimaan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ini kerana parti terkecil pembangkang tersebut yang ibarat baru berusia setahun jagung dikatakan gagal mendapat sambutan daripada masyarakat Melayu khususnya di kawasan yang mahu ditandingi dua beranak berkenaan.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, adalah tidak menghairankan apabila wujud usaha dalaman oleh pihak pro-Mahathir untuk sabotaj parti berlambang bunga itu supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dipersalahkan.

“Ini satu alasan yang diperlukan oleh Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding dengan menggunakan logo DAP. Hingga ke hari ini, parti bunga itu masih lagi gagal mendapatkan kelulusan hitam putih rasmi daripada pihak RoS.

“Ia sama ada mesyuarat agung parti tersebut baru-baru ini sebagai sah atau pun tidak,” kata Mohd. Puad dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu persidangan tahunan PPBM tidak telus dan dibantah ahli parti itu sendiri.

Banyak pihak dalam parti bunga itu menyalahkan Mahathir sebagai punca utama parti berkenaan gagal mematuhi perlembagaannya sendiri dalam melaksanakan mesyuarat agung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd. Puad mendakwa, Mahathir, 92, sanggup menggunakan pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ untuk memastikan mereka dua beranak menang pada PRU-14 walaupun bertanding di kerusi majoriti Cina.


Sehubungan itu, beliau meminta Mahathir memberi penjelasan segera mengenai isu berkenaan sama ada ia satu strategi politik yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan ramai.

Sehingga kini lebih 400 aduan dikemukan anggota parti itu dari seluruh negara kepada RoS yang mempertikaikan proses mesyuarat kebangsaan PPBM tersebut ekoran tiada pula persidangan di peringkat cawangan dan bahagian.

Ia sekali gus melanggar perlembagaan parti itu sendiri dan menyebabkan ratusan ahli mengadakan himpunan aman di pejabat ROS di Putrajaya esok untuk desak PPBM dibatalkan pendaftarannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori