Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Elaun Sara Hidup Nelayan...

KUALA LUMPUR - Elaun sara hidup nelayan akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250...

Lima Suspek Geng Pecah...

SEREMBAN - Lima suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah rumah bekas...

Isteri Maut, Suami Parah...

GEORGETOWN - Seorang wanita warga emas maut selepas digilis treler di persimpangan lampu...

KTMB Lancar Perkhidmatan Kargo...

PELABUHAN KLANG - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada lewat Rabu berjaya melancarkan...

Provokasi Kurang Matang YB Nga Kor Ming

1. Provokasi kurang matang YB Nga Kor Ming yang mengaitkan adat bersedekah bangsa Melayu di setiap Syawal dengan politik, mencetus kemarahan banyak pihak.

2. Islam adalah agama yang mengajar umatnya menghormati adat selama mana ianya tidak menyanggahi syariat. Bahkan dalam masyarakat majmuk, Islam memberikan hak kepada agama lain untuk mempraktiskan kepercayaan serta adat masing-masing.

3. Sebagai contoh, fasal ke-16 dalam Perlembagaan Madinah: “Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita (orang Islam); hendaklah menolong serta membimbing mereka dengan tidak menzalimi dan tiada sebarang pakatan tidak baik terhadap mereka.” (lihat Sirah Nabawiyyah, oleh Ibnu Kathir, 2/321)

4. Keluasan Islam disambut baik oleh rakyat dalam negara ini sejak turun temurun. Kita tidak pernah membenarkan sebarang perlakuan mencerca mana-mana agama atau adat. Hakikat inilah yang menyatupadukan rakyat Malaysia serta mengekal keamanan negara.

5. Jadi, sebagaimana kita tidak bersetuju dengan provokasi YB Nga Kor Ming yang dilihat menghina budaya masyarakat Melayu, kita juga tidak akan bersetuju dengan sebarang penghinaan ke atas adat masyarakat Cina atau yang lainnya.

6. Teguran ke atas YB Nga Kor Ming bukan kerana beliau Cina, tetapi kerana beliau cuba merosakkan hubungan baik antara kaum dalam negara semata-mata kerana kepentingan politik.

7. Respon dan kemarahan banyak pihak termasuk sahabat-sahabat saya dari kalangan pemuda UMNO Malaysia bukan kerana politik, tetapi kerana budaya Melayu yang dijadikan bahan mainan politik murahan YB. Masakan pokok bergoyang jika tiada angin. Masakan orang ramai bangkit dan marah, jika YB tidak menyentuh sensitiviti mereka.


8. Silalah berpolitik dengan politik yang matang dan bijaksana lebih-lebih lagi YB dipilih mewakili rakyat umumnya, bukan kaum Cina semata-mata. YB diundi oleh pelbagai kaum. Jadi, bila berbicara sila pelihara sensitiviti semua kaum. Jika tidak, YB tentunya akan mengulangi sejarah DAP dulu. Atau adakah itu yang YB Nga impikan?

Provokasi Kurang Matang YB Nga Kor Ming
Kasi duit raya ka, kasi angpao ka, terpulang kepada budaya masing-masing, jangan politikkan adat kerana ia akan memecahbelahkan rakyat. (gambar hiasan)

“HORMATI ADAT SATUKAN RAKYAT”

Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya,
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori