Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Selepas Lebih 100 Hari,...

PAKATAN HARAPAN (PH) sudah memerintah lebih daripada 100 hari, tetapi janji-janji yang dibuat...

Pengusaha Gerai Ditemui Mati...

Seorang lelaki yang mengusahakan gerai makanan di Seremban, Negeri Sembilan ditemui mati dipercayai...

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam meninggal dunia pagi...

Pindah Kelab, Senyuman Neymar...

PEMAIN pasukan Paris Saint-German (PSG), Neymar sudah beberapa kali dikaitkan dengan khabar angin...

Prototaip Kereta Nasional Ketiga Sudah Disiapkan

KUALA LUMPUR – Prototaip kereta nasional ketiga yang dibangunkan DreamEDGE Sdn. Bhd. sudah siap dibangunkan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata kerajaan masih meneliti perkara itu bagi memastikan kereta nasional baharu itu menepati kehendak teknologi dan mesra alam.

“Prototaip sudah siap dibangunkan dah kerajaan masih meneliti bagi memastikannya mesra alam dan mempunyai teknologi yang boleh mengurangkan impak kepada pemandu.

“Model ini mempunyai keupayaan tetapi ia masih memerlukan pelaburan swasta. Kerajaan tidak terbabit dalam sebarang pembiayaan.

“Kita juga mahu kereta nasional baharu ini mempunyai keupayaan untuk pasaran eksport dan kita terbuka untuk menjalin kerjasama bukan saja dari syarikat Jepun malah negara lain seperti China, Korea Selatan dan Eropah,” katanya selepas merasmikan Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020) di sini, hari ini.

Dr. Mahathir berkata, kereta nasional baharu itu juga perlu menepati piawaian antarabangsa dalam memastikannya mesra alam.

Beliau berkata, seiring dengan rancangan bagi membangunkan kereta untuk pasaran domestik dan eksport dalam kuantiti yang besar, sudah tentu ianya perlu mesra alam.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari, berkata pengeluaran kereta nasional baharu itu tidak mempunyai sebarang masalah, namun pembiayaan swasta yang diperlukan bertujuan untuk meningkatkan teknologi, pasaran eksport dan rakan kerjasama luar.

“Ini kerana, arah tuju kereta nasional baharu ini sangat luas dan menumpukan kepada pasaran eksport serta teknologi baharu.

“Palaburan itu diperlukan untuk beberapa perkara ini. Namun ia akan dilaksanakan sepenuhnya oleh DreamEDGE,” katanya.

Madani juga berkata, prototaip kereta nasional baharu itu akan dipertontonkan kepada umum tidak lama lagi. – BH Online

Kategori