Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gempa Sabah: 3 Cedera,...

SERAMAI 29 pendaki selamat dibawa turun dari Gunung Kinabalu namun tiga daripada mereka...

Twitter: EU, UK Beri...

LONDON: United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kepada Twitter Inc....

Video: Parodi ‘I Am...

MESKIPUN menerima banyak komen sama ada positif dan negatif, namun lagu nyanyian jutawan...

Status Di Instagram, Pakai...

GOSIP di antara penyampai radio Era, Radin dan Ayda Jebat sering diperkatakan dan...

Proton Sedia Keluar SUV Pertama Bersama Geely

KUALA LUMPUR – PROTON Holdings Bhd. sudah bersedia untuk memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), produk pertama yang dibangunkan secara usahasama dengan rakan kongsinya, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. (Zhejiang Geely).

Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Proton, Abdul Rashid Musa, berkata model tersebut merupakan SUV Segmen C mewah pertama yang dikeluarkan oleh jenama automotif Malaysia itu.

“SUV tersebut akan dilengkapi dengan tambahan ciri-ciri berteknologi canggih seperti pengecaman suara, kamera 3D 360 darjah dan aspek keselamatan yang lebih maju seperti kawalan laju jajap mudah suai dan bantuan brek kecemasan automatik serta banyak lagi,” kata Abdul Rashid dalam satu kenyataan hari ini.

SUV tersebut akan menjadi titik tolak pelbagai model baharu bagi syarikat berkenaan, beliau juga menyeru untuk orang ramai untuk melihat masa hadapan Proton melalui tinjauan ke atas kenderaan itu dengan lebih dekat.

Beliau tidak mendedahkan tarikh pelancaran, bagaimanapun, satu undian dalam talian sedang dibuat bagi menentukan nama yang paling sesuai untuk SUV itu.

“Undian dalam talian yang dilancarkan oleh Proton pada halaman Facebook syarikat berkenaan, menjemput orang ramai untuk mengundi nama SUV pertamanya dan ini telah menarik respons yang luar biasa pada sembilan hari pertama,” kata Abdul Rashid.

Sehingga 11 April, lebih 69,000 pengguna Facebook telah mengambil bahagian dalam pengundian manakala video yang dipaparkan telah ditonton sebanyak lebih 165,000 kali.


Lebih 1,000 orang berkongsi kandungan berkaitan pada halaman peribadi mereka sendiri, sekali gus meningkatkan jangkauan potensi langkah itu.

“SUV baharu Proton, merupakan satu loncatan yang signifikan kepada syarikat dan oleh itu kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia kerana ia juga merupakan simbol kejayaan negara,” kata Abdul Rashid.

Proton akan merancakkan aktiviti bagi meningkatkan kesedaran ke atas produk dan keterujaan di kalangan rakyat malaysia, apabila tarikh pelancaran rasmi semakin mendekati.

Proton dimiliki sebanyak 50.1 peratus oleh DRB-HICOM Bhd. dan 49.9 peratus lagi, dipegang oleh Zhejiang Geely. – BERNAMA

Kategori