Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelajar Perlu Berfikir Luar...

TELUPID - Golongan pelajar perlu berfikir di luar kotak dalam mempersiapkan diri mereka...

Warga Pendidik Dinasihati Tidak...

KUALA LUMPUR - Golongan pendidik di negara ini dinasihatkan agar tidak terlalu mengejar...

Jaringan Benzema Bawa Real...

GIRONA - Karim Benzema membantu Real Madrid ke separuh akhir Piala Raja Sepanyol...

9,380 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Angka kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan hari ini iaitu 9,380...

‘Proton Bukan Kereta Nasional!’ Buat DUN Perak Kecoh

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini kecoh sedikit gara-gara kenyataan seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) bahawa Proton bukan lagi kereta nasional.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi melontarkan kenyataan itu semasa menjawab soalan mengenai tindakan kerajaan negeri membeli kereta baharu jenama Toyota Camry bagi kegunaan Exco.

“Mengapa tak beli Proton? Proton bukan Malaysia punya, China punya. Taraf, status Proton bukan lagi kereta nasional, ia sudah dimiliki syarikat luar,” katanya semasa mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjawab soalan tambahan Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jering) di sini hari ini.

Ahmad Saidi dalam soalan tambahannya bertanya mengapa kerajaan negeri tidak membeli kereta Proton dan Exco boleh memainkan peranan sebagai duta untuk kereta nasional.

Jawapan Asmuni (Amanah-Manjoi) itu mencetuskan rasa tidak puas dalam kalangan beberapa ADUN pembangkang termasuk Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengakalan Baharu) yang mempertikaikan aspek pemilikan saham dalam Proton dan mendakwa Exco berkenaan menyeleweng fakta.

Kategori