Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

5 Sebab Kenapa 2019...

SEBENTAR tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kecewa dengan apa yang...

4 Kawasan Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Empat kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat...

Polis Tahan ‘Datuk Seri’...

KUALA LUMPUR – Selepas dibebaskan setelah membayar wang jaminan bagi pertuduhan kes menyerang...

Pelakon Filem Ahmad Albab,...

DUNIA seni hiburan tanah air pada Selasa kehilangan seorang lagi pengiat seni apabila...

PROTIGA: Sendiri Pilih DreamEDGE, Lepas Itu Salahkan Najib?

KUALA LUMPUR – Tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking untuk menyalahkan Datuk Seri Najib Razak berhubung pemilihan DreamEDGE bagi projek kereta nasional ketiga disifatkan cubaan paling gagal daripada menteri-menteri kerajaan sekarang.

Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mahu melaksanakan projek kereta nasional ketiga yang digelar PROTIGA.

Malah, bukan BN yang pilih syarikat itu untuk projek tersebut tetapi dilakukan oleh PH.

“Ketiga, siapa panggil PH pilih syarikat ini untuk projek tersebut jika sudah tahu bahawa syarikat ini milik kerajaan dan setelah berjanji tak akan guna dana awam?

“Korang yang nak projek PROTIGA. Korang dah awal-awal tahu syarikat itu milik kerajaan. Korang yang janji tak akan guna dana awam untuk projek ini.

“Korang yang pilih syarikat untuk projek PROTIGA. Lepas itu, salah Najib?


“Minta maaf. Tapi alasan Menteri ini untuk salahkan Najib adalah terlalu FAIL,” kata Najib yang mendakwa kerajaan PH terkantoi apabila syarikat yang mereka pilih didapati adalah milik kerajaan dengan saham biasa 10 peratus.

Belum masuk lagi sejumlah saham dalam bentuk Saham Keutamaan Boleh Ubah Boleh Tebus (RCPS) yang boleh ditukar menjadi saham biasa dan akan meningkatkan kepentingan kerajaan sehingga tahap 53 peratus.

“Apabila kantoi, Menteri ini cuba salahkan Najib. Adoi. Gagalnya,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Kategori