Protes Desak JPPM Lulus Parti Sedar Rakyat Sarawak

KUALA LUMPUR – Lebih 20 orang mengadakan protes di luar bangunan Parlimen hari ini bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap permohonan menubuhkan Parti Sedar Rakyat Sarawak yang belum diluluskan sejak tahun lalu.

“Kita mohon dari 22 Jun tahun lepas, sehingga hari ini tidak diluluskan (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia).

“Tetapi, Gabungan Parti Sarawak mohon 3 bulan dah lulus. Jadi, kita pun hairan sampai 10 bulan tak ada berita,” kata pengasasnya, Othman Abdillah yang turut menyertai protes dari 9 hingga 11 pagi itu.

Beliau berkata, mereka mahu menubuhkan parti baru di Sarawak kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri dan mahu menyertai pilihan raya umum akan datang.

“Jika tak lulus juga, kita akan adakan flashmob di Rantau, Negeri Sembilan pula.” – FMT

Loading...