Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bernas Tidak Ditutup, Cuma...

KOTA BHARU - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Salahuddin Ayub berkata...

Polis Marin Patahkan Cubaan...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup...

PRU15: SPR Umum Tarikh...

PETALING JAYA – Teka-teki orang ramai mengenai tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-15...

Wanita Curi Peria, Ikan,...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencuri pelbagai barangan mentah dan pakaian dalam, seorang wanita...

Prospek MSM Suram, MIDF Turunkan KLK Kepada ‘Jual’

KUALA LUMPUR – MIDF Research menurunkan penilaian terhadap Kuala Lumpur Kepong Bhd. (KLK) kepada ‘jual’ dengan harga sasaran rendah pada RM18.77 daripada RM22.39 berikutan prestasi pendapatan masa depan yang lemah ekoran harga minyak sawit mentah (MSM) dan minyak isirung sawit mentah (CPKO) kekal rendah.

Firma penyelidikan itu dalam nota penyelidikannya berkata, harga MSM dan CPKO yang rendah itu telah menyebabkan pengurangan ketara perolehan KLK, walaupun pengeluaran tandan buah segar (FFB) bertambah baik.

Semalam, KLK melaporkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM142.96 juta untuk suku kedua yang berakhir pada 31 Mac 2019, meningkat daripada RM106.15 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil susut 15.9 peratus kepada RM3.94 bilion daripada RM4.69 bilion setahun lepas, diheret oleh prestasi lemah dalam segmen perladangan dan pembuatan KLK.

Kumpulan itu juga mengumumkan dividen interim sebanyak 15 sen bagi separuh pertama 2019.

Kategori