Prosiding Kes SRC Tangguh Gara-Gara Panggilan Bom

KUALA LUMPUR – Prosiding SRC International Sdn. Bhd. terpaksa di tangguhkan berikutan panggilan bom yang diterima tengahari tadi.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang memberhentikan prosiding ketika sesi soal balas peguam bela, Harvinderjit Singh berkata, ada arahan untuk semua pihak keluar dari mahkamah.

Kesemua pihak termasuk hakim, barisan peguam pendakwa dan bela selain daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan perkarangan mahkamah pada masa ini.

Pasukan keselmatan juga telah mengeluarkan arahan supaya orang awam segera keluar dan berkumpul di luar perkarangan mahkamah.

Ancaman itu berlaku sekitar 12.20 tengah hari tadi.

Semasa kejadian ada lebih 300 orang di kawasan mahkamah termasuk orang awam dan wakil media.

Loading...