Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Emosi Terganggu, Ezad Lazim...

PETALING JAYA - Penyanyi Ezad Lazim memberitahu dia cuba mendapatkan rawatan perubatan secara...

Aidil Buat Laporan Polis...

KONTROVERSI yang melanda bekas pasangan suami isteri, pelakon Rita Rudaini dan pemain bola sepak...

Keanggotaan UMNO Kini Cecah...

KUALA LUMPUR - Jumlah anggota UMNO kini mencapai bilangan 3.53 juta sehingga semalam,...

Pemuda Maut Kemalangan Rempuh...

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda maut selepas kereta Proton Persona dinaikinya terlibat dalam...

Proses Pemilihan PKR Akan Dikaji Semula – Anwar

SHAH ALAM – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme e-undi pada pemilihan PKR perlu dilihat semula memandangkan ia menimbulkan pelbagai masalah kepada segolongan pengundi terutama yang tidak celik teknologi maklumat (IT).

Beliau secara peribadi menyifatkan sistem manual (atas kertas) seperti sebelum ini adalah lebih baik, oleh itu akan membawa perkara berkenaan dalam jawatankuasa khas.

“Anda tanya pandangan peribadi saya, saya fikir kita kena kaji semula. Secara peribadi saya kurang minat tetapi parti ini (PKR) adalah parti demokratik.

“Namun ada anggota di kawasan luar bandar yang tidak begitu mahir komputer. Jadi timbul masalah besar dalam proses itu.

“Ini baik (menukar e-voting kepada kertas undi semula), tetapi (dalam hal) keahlian terus, kita bercakap mengenai kira-kira sejuta pengundi. Saya akan cadangkan kemudian bila mengambil alih, agar sebuah jawatankausa khas mengkaji semula seluruh proses pemilihan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Kongres Nasional PKR ke-13 di sini hari ini.

Pemilihan PKR kali ini mencatat sejarah apabila kali pertama undi dilaksanakan secara dalam talian menggunakan sistem e-undi secara digital berkonsepkan ‘satu ahli satu undi’ dengan 80,000 anggotanya layak mengundi.


Dalam pemilihan itu, 76 jawatan dipertandingkan di peringkat pusat dan 10,212 jawatan lagi membabitkan persaingan di peringkat cabang seluruh Malaysia.

Namun sistem berkenan terpalit dengan pelbagai masalah termasuk gangguan sistem talian, capaian internet, dakwaan penggodaman dan cubaan menggagalkan kelancaran dengan memasang ‘jammer’.

Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati anggota parti dan calon bertanding.

Tempoh pemilihan terlalu panjang selama sembilan minggu pula dilihat ‘tidak produktif’ serta menghalang calon-calon terlibat memberi fokus kepada tugasan hakiki mereka. – BERNAMA

Kategori