Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Messi Umum Bersara, Malu...

NEW YORK - Bintang sensasi kelab elit Sepanyol, Barcelona iaitu Lionel Messi pada...

Ulang Tahun Kelahiran Zahid...

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meraikan ulang tahun kelahirannya...

Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya, yang menolak...

‘Bulan’ Berkibar Megah Bersama...

KUALA LUMPUR - Sejarah tercipta apabila buat pertama kalinya bendera PAS berkibar sama...

Proses E-Undi Perlu Ditambah Baik

JOHOR BAHRU – Proses pengundian secara digital (e-undi) semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu ditambah baik bagi melancarkan lagi proses pengundian dalam memilih pemimpin pusat dan cabang pada masa hadapan.

Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata beliau akan mengusulkan cadangan kepada peringkat pusat supaya mengadakan simulasi bagi proses pengundian sebelum hari pemilihan PKR.

Katanya, ini bagi memastikan kelancaran proses berikutan berlaku kesukaran kepada anggota untuk menggunakan sistem e-pengundian yang baharu dilaksanakan parti itu.

“Saya lihat untuk pengundi remaja agak mudah tetapi untuk warga emas menghadapi sedikit kesukaran. Yang ini saya rasa boleh diatasi kalau ada demonstrasi atau proses simulasi,” katanya ketika ditemui di pusat pemilihan bagi Cabang Johor Bahru di Dewan Serbaguna Flat Larkin di sini hari ini.

“Saya akan usulkan perkara ini, mungkin kita boleh adakan penerangan dan simulasi dua hari sebelum pemilihan kepada anggota untuk berlatih bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengundian,” kata Akmal Nasrullah, yang juga calon bagi jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru.


Akmal, yang juga Anggota Parlimen Johor Bahru, berkata sistem e-undi itu tidak bermasalah tetapi kena mesra pengguna dan menyenangkan anggota PKR dari segenap lapisan masyarakat menggunakannya.

Di Johor, 38,684 anggota parti PKR disahkan layak mengundi dengan proses pengundian yang menggunakan e-undi di 24 cabang berlangsung sejak 10 pagi hingga 5.00 petang ini. – BERNAMA

Kategori