Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Switch Off’14’ Tidak Beri...

PETALING JAYA - Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengambil pendirian untuk tidak menyokong kempen...

Skuad Tenis Berkerusi Roda...

KUALA LUMPUR - Skuad tenis berkerusi roda negara menyasarkan dua daripada tiga pingat...

Sepakan Percuma Ajaib Faiz...

KUALA LUMPUR - Penjaga gol, Nasril Nourdin mengakui tergamam ketika sepakan percuma yang...

9 Lelaki Ditahan Ceroboh...

KLANG – Sembilan lelaki termasuk dua warga Indonesia ditahan dalam satu operasi bersepadu...

Propaganda Anti Minyak Sawit: Tindakan Terhadap Sekolah Antarabangsa

PUTRAJAYA – Tindakan di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] akan diambil ke atas sebuah sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur yang mengadakan aktiviti berbentuk propaganda anti minyak sawit, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin.

Merujuk laporan Menteri Industri Utama, Teresa Kok semalam mengenai aktiviti berbentuk propaganda anti minyak sawit di sekolah antarabangsa, Amin berkata siasatan telah dijalankan ke atas sekolah yang terlibat.

Menurut beliau, kejadian itu berlaku dalam aktiviti tahunan sekolah yang melibatkan persembahan murid pada Jun lepas.

“Penglibatan murid dalam aktiviti berbentuk propaganda jelas bertentangan dengan dasar negara dan boleh menjejaskan nama baik negara,” katanya, sambil menegaskan bahawa kementerian memandang serius aktiviti berbentuk propaganda anti minyak sawit di sekolah antarabangsa itu.

Amin dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kementerian Pendidikan juga akan mengeluarkan surat peringatan kepada semua sekolah antarabangsa susulan insiden itu agar tidak berulang.

“KPM tidak akan berkompromi dengan sebarang anasir propaganda dan indoktrinasi di institusi pendidikan swasta itu yang memburukkan imej dan nama negara,” katanya.

Kategori