Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Turkiye: Dua...

ANTAKYA: Pasukan penyelamat berjaya menarik keluar dua wanita yang terselamat daripada runtuhan bangunan...

Penganggur Tak Mengaku Rompak...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

FAM Kaji Guna Pemain...

PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan kajian mendalam mengenai...

2 Lelaki Ditahan, 300...

ARAU - Dua lelaki warga tempatan ditahan polis kerana cuba menyeludup 300 kilogram...

Promosi Secara Digital Untuk Pelancongan Perak

KUALA KANGSAR – Kerajaan Negeri akan menggunakan platform digital bagi mempromosi hala tuju sektor pelancongan serta mengangkat seni budaya dan warisan di negeri ini.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata usaha itu dipersetujui oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negeri semalam dan Kuala Kangsar dipilih sebagai lokasi bagi pilot projek.

“Kita bawa penyedia digital ke sini (syarikat Lokalocal) yang akan membekalkan maklumat melalui publisiti, video, foto dan pengisian produk untuk dipromosi dalam pelbagai media antarabangsa seperti Singapura dan Taiwan serta syarikat Penerbangan Malaysia (MAS),” katanya pada sidang media di Kem Lang Buana di Kampung Jawang dekat Karai, di sini hari ini.

Tan berkata 85 peratus pelancong asing melayari laman web syarikat Lokalocal yang diyakini dapat mengangkat seni dan budaya setempat.

Menurut beliau Perak mempunyai banyak tempat menarik dengan keunikan tersendiri seperti di Taiping, Ipoh dan Kampar yang mempunyai tarikan kepada pelancong.

Dalam pada itu, Tan berkata pihaknya mahu usaha menaik taraf muzium aerkologi Lenggong yang sedang dipercepatkan kerana Lenggong adalah tapak warisan dunia. – BERNAMA

Kategori