Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Unit Siasatan Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Unit Siasatan Lebuh Raya (USLR) akan diperluaskan ke beberapa lokasi...

Usahawanita ‘Online’ Disaran Berdaftar...

SHAH ALAM - Golongan usahawanita khususnya melibatkan perniagaan dalam talian disaran berdaftar dengan...

2 Anggota Polis Dipenjara,...

SHAH ALAM - Dua anggota polis masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan...

Tiada Job Selain Mak...

PELAKON Balkisyh Semundur memberitahu dia terpaksa membuka gerai menjual nasi ayam dan laksa...

Projek Lembah Wawasan Malaysia Akan Ditambah Baik

SEREMBAN – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini diberitahu projek Lembah Wawasan Malaysia (MVV) akan ditambah baik bagi memastikan pembangunan lebih menyeluruh termasuk di kawasan luar bandar serta industri.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata sebelum ini, MVV yang diumumkan kerajaan terdahulu di bawah Rancangan Malaysia ke-11 hanya bertumpu kepada beberapa kawasan.

Perubahan dan perincian ini akan dijelaskan semasa pembentangan bajet akan datang, katanya menjawab soalan Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) pada mesyuarat kedua penggal pertama DUN ke-14, di sini.

Terdahulu, persidangan hari ini menjadi tumpuan apabila Barisan Nasional (BN) buat pertama kali duduk dan mengetuai blok pembangkang dengan Mohamad bangkit meminta Aminuddin memberi penjelasan lebih komprehensif berhubung kajian semula MVV.

“Saya minta diterangkan secara terperinci arah dan hala tuju pembangunan ekonomi negeri supaya momentum ekonomi dapat dilonjakkan dan digandakan… Perubahan yang macam mana nak buat,” kata bekas menteri besar itu kepada Aminuddin.


Mengulas lanjut isu itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Dr Rafie Abdul Malek berkata projek MVV yang sebelum ini hanya melibatkan bahagian barat Negeri Sembilan iaitu Seremban, Nilai dan Port Dickson dijangka diperluas hingga ke timur Negeri Sembilan.

“Insya-Allah dalam perancangan pelan tindakan baharu pembangunan Negeri Sembilan kita akan ambil pendapat daripada pelbagai pihak termasuk anggota DUN, orang ramai serta pihak berkuasa tempatan sebelum kita bentangkan pelan pembangunan ekonomi Negeri Sembilan,” katanya. – BERNAMA

Kategori