Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Punca Pengangkat Segmen MRT...

KUALA LUMPUR - MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda) akan menyiasat...

India Tegaskan Pokok Yang...

New Delhi - Pihak berkuasa India menegaskan pokok yang ditanam Presiden Amerika Syarikat...

PPM Semporna Tahan Enam...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan enam pendatang asing tanpa izin...

Jepun Suntik Modal Banyak...

Dulu, takde pun Mahathir cakap kami jual negara ke Jepun. Malaysia dan Jepun telah...

‘Projek’ Dalam Pejabat, Pekerja Tesco Dibuang Kerja

DISEBABKAN ‘berasmara dana’ di tempat kerja, seorang pengurus dan pekerja muda di pasar raya besar Tesco Norwich, England terpaksa diberhentikan kerana berkelakuan sumbang.

Ia terbongkar setelah satu rakaman video aksi ‘mesra’ mereka di pejabat telah tular menerusi laman sosial Twitter sejak kelmarin selepas dimuat naik oleh pengguna akaun bernama CallumManship.

Menurut portal berita The Sun , aksi pengurus pasar raya berkenaan, Neville Fox, 35 dan Caitlyn Kirby, 19, telah kebetulan dirakam oleh sekumpuan lelaki melalui tingkap di bilik kakitangan premis berkenaan.

Apabila sudah ‘kantoi’, pelbagai alasan diberikan oleh gadis itu dan antaranya ialah dia memberitahu bahawa Fox telah memutuskan hubungannya dengaan seorang pengurus pasar raya cawangan sama yang berusia 54 tahun.

Ini kemudian membuatkan dirinya berada dalam keadaan terumbang-ambing.

Fox telah memberitahu portal The Sun bahawa dia langsung tidak berkata apa-apa kepada gadis muda itu.

“Saya tak akan cakap apa-apa. Saya tak akan beri komen.

“Tesco akan mengulas yang sepatutnya seperti apa yang mereka lihat dan kita tetap dengan pendirian. Tidak benar saya dipecat. Saya tidak akan bercakap apa-apa lagi,” katanya.

Namun, Kirby memberitahu bahawa Fox telah menggodanya selama beberapa minggu.


Malah, pengurus di bahagian penyediaan roti itu juga yang telah memulakan langkah pertama.

“Kami memang dah lama kenal di pejabat sejak beberapa minggu yang lalu tapi ianya tidaklah begitu serius.

“Saya dah selesai semuanya tapi dia yang masih mahu memulakan perkara itu sekitar jam 7 malam. Dia yang mulakan langkah, saya ikut tapi akhirnya ia bagaikan sudah tak dapat dikawal,” kata Kirby.

Bagaimanapun, disebabkan kejadian buruk itu, Kirby telah menyerahkan surat perletakan jawatannya akibat tidak tahan menanggung malu sepanjang dia bekerja selepas kejadian tersebut.

Dia juga telah menyahaktifkan kesemua akaun media sosial miliknya kerana tak tahan malu. Malah selepas kejadian itu, Kirby dikatakan telah digelar sebagai ‘Kim Kardashian of Norwich’ oleh keluarganya sendiri.

Itu membuatkan dia berasa malu dan mahu melarikan diri jauh ke Brazil bagi mengelak daripada video itu semakin tular di Internet. – MYNEWHSUB.CC/AH

Kategori