Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Pekerja Dakwa Lihat Objek...

KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mendakwa menjumpai objek menyerupai bayi...

Malaysia Raih Perak Acara...

NILAI – Malaysia kempunan untuk mempertahankan emas acara Lepas Beramai-Ramai Individu Lelaki dan...

‘Kubah Panas’ Landa Timur...

GELOMBANG udara yang sangat panas kini melanda Timur Tengah di mana beberapa bahagian...

Pelabur China Dipelawa Teroka...

QINGDAO - Para pelabur China dipelawa meneroka peluang pelaburan di Kedah berikutan...

Program ‘Water For Life’ Manfaat Kepada Penduduk

PADANG BESAR – Program ‘Water For Life’, inisiatif Petronas Dagangan Berhad (PDB), telah memanfaatkan lebih 14,000 penduduk di seluruh negara, sejak diperkenalkan pada 2013.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata, program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha untuk memastikan masyarakat terutama di kawasan pedalaman mendapat bekalan air bersih yang konsisten.

“Melalui program di bawah tanggungjawab sosial syarikat ini, kami bersama-sama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mencari tempat dan kampung yang ada masalah mendapatkan bekalan air bersih.

“Setakat ini program tersebut telah melibatkan 14 kawasan terpilih di seluruh negara dengan perbelanjaan lebih kurang RM1.4 juta,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ‘Water for Life 2018’ di Kampung Lubuk Machang, Chuping dekat sini hari ini.

Beliau berkata bagi program hari ini, dua telaga dan empat tangki besar dengan kapasiti 1,000 gelen air disediakan, dilengkapi dengan sistem penapisan bagi memastikan air selamat digunakan untuk keperluan harian penduduk.

Menurut beliau, peruntukan bagi setiap program itu adalah antara RM80,000 hingga RM100,000 termasuk kos menyediakan sistem paip dan kemudahan lain berkaitan penyaluran air.


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan merasmikan program itu, dalam titahnya menasihatkan penduduk agar memastikan aktiviti harian di sekitar telaga yang membekalkan air kepada mereka, tidak menjadi penyumbang kepada pencemaran sistem bekalan air.

Baginda juga bertitah telaga juga perlu sentiasa diselenggara mengikut jadual dan segera memaklumkan kepada pihak berwajib untuk melakukan pengklorinan telaga terutama selepas banjir.

Sementara itu baginda juga mengingatkan rakyat supaya mengamalkan penggunaan air secara berhemah mengikut keperluan dan mengelakkan pembaziran. – BERNAMA

Kategori