Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nelayan Warga Kemboja Ditemui...

KUANTAN - Seorang nelayan warga Kemboja ditemui mati lemas berhampiran Jeti Batu Tiga,...

Vaksin Covid-19 Hampir Ditemui

WASHINGTON - Ujian klinikal pertama ke atas manusia untuk mencari penawar Covid-19 dilancarkan...

Pusat Tahfiz Digesa Rujuk...

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron menggesa agar semua pusat tahfiz...

Kes Bunuh Warga Sri...

KUALA LUMPUR: Dua suspek dikehendaki berhubung kejadian bunuh tiga warga Sri Lanka Khamis...

Program Sarapan Percuma Masih Berjalan Atau Tidak? – Najib

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal sama ada rancangan sarapan percuma untuk kira-kira 2.9 juta murid sekolah rendah seluruh negara diteruskan atau sebaliknya.

Menurut Najib, ini kerana terdapat laporan media yang mengatakan Kementerian Kewangan tidak memberikan peruntukan untuk program tersebut meskipun ia sudah diluluskan di peringkat Kabinet.

Tambahnya, kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak peduli sekiranya janji mereka tidak ditunaikan.

“PH janji sarapan percuma untuk semua murid sekolah bermula tahun persekolahan 2020 ini.

“Apabila sekolah bermula tahun ini dan janji sarapan percuma tidak kelihatan, PH senyap,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Lebih mengecewakan kata Najib, ialah tiada seorang menteri yang tampil membuat kenyataan atau menjawab persoalan berhubung perkara itu.

“Eh! Bertanggungjawablah sedikit!

“Isu ini melibatkan murid-murid sekolah,” kata Najib.


Pada Ogos bekas menteri pendidikan Maszlee Malik berkata, Program Sarapan Percuma (PSP) yang dirancang dimulakan pada tahun ini akan mengguna pakai dua mekanisme bagi menjayakannya.

Maszlee dilaporkan berkata, mekanisme pertama ialah pengoperasian selama 30 minit menggunakan kombinasi menu utama dalam bentuk makanan bermasak dan menu buah-buahan.

Manakala mekanisme kedua pula ialah pengoperasian selama 10 minit menggunakan kombinasi menu minuman produk tenusu seperti minuman berkhasiat dan menu makanan ringkas berkonsepkan sedia dimakan seperti roti, biskut, snek bijirin, kuih dan telur rebus.

Maszlee meletak jawatan sebagai menteri pendidikan Khamis lepas, kira-kira 20 bulan selepas dilantik ke jawatan itu berikutan kejayaan PH menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum Mei tahun lepas.

Beliau, yang merupakan ahi Parlimen Simpang Renggam mewakili PPBM berkata, keputusan meletak jawatan itu dibuat atas nasihat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan menteri pendidikan ialah ahli Parlimen Kulai yang mewakili DAP, Teo Nie Ching. – FMT

Kategori