Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Bakal Pandu...

JOHOR BAHARU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menjelajah ke...

Pulang Dalam Koma Selepas...

WASHINGTON – Penuntut Amerika Syarikat (AS) yang ditahan di Korea Utara atas tuduhan...

Bukan Anak Jati Johor...

BATU PAHAT : Bantuan Raja Sehari sebanyak RM1,000 kepada pasangan pengantin pertama kali...

Kaji Balik Harga Rumah...

KUALA LUMPUR - Seorang wakil Puteri UMNO hari ini mendesak supaya harga rumah...

Program ‘Lets Go RETAIL’ Perkasa Usahawan Bumiputera

PUCHONG – Produk-produk usahawan Bumiputera dijangka menembusi kira-kira 5,000 pasaran runcit menjelang Januari tahun depan menerusi Program ‘Lets Go RETAIL’.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata program ini berupaya memperkasa usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selain mampu bersaing dengan produk dari luar negara.

“Kalau ianya berlegar dalam pasaran yang tidak terurus maka jangka hayatnya tidak panjang. Tetapi dengan pengurusan yang lebih teliti dalam program ini, ia akan menjadi lebih baik dan kehadirannya dalam pasaran akan lebih terjamin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Produk ​​​​​​​Usahawan​​​​ Bumiputera ke Dalam Pasaran Runcit Malaysia, di sini hari ini.

Sebanyak 15 jenama utama seperti Tanamera, Mary Jardin dan Natural Wellness akan memasarkan​​​​​​​produk mereka di outlet runcit seperti 7-Eleven, KK Super Mart, 99 SpeedMart dan MyNews.

Dua produk telah menjalani projek rintis iaitu Minyak Songket yang merupakan minyak angin tanpa bahan kimia serta Habada iaitu bahan pencuci tangan semula jadi telah mendapat sambutan memberansangkan sejak ia berada di pasaran sejak November lepas.

Sementara itu, Mohd Hatta berkata program ini telah menarik minat penyertaan daripada usahawan koperasi di bawah seliaan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) untuk membantu​​​​​​​usahawan ​​​​​​​menguasai pasaran runcit secara optimum.


Pada majlis itu, Mohd Hatta turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) program itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif TriSuccess Global Sdn Bhd, Shah Mohd dan Pengasas Bersama Enchanted Touch Consultancy, Nor Zawiyah Yusak bersama usahawan.

Kedua-dua syarikat tersebut terlibat dalam membantu memberi konsultasi serta pengedaran produk usahawan yang terlibat. – BERNAMA

Kategori