Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

80 Paderi Di Chile...

SANTIAGO - Sekurang-kurangnya 80 paderi Roman Katolik didakwa pernah melakukan penderaan seksual terhadap...

Ucapan Perasmian Hadi Dinanti

KUALA TERENGGANU - Pagi ini, Datuk Seri Hadi Awang bakal menyampaikan ucapan dasar...

Ronaldo Didakwa Rogol Model,...

POLIS Las Vegas membuka semula siasatan terhadap dakwaan mengenai Cristiano Ronaldo merogol seorang...

Suka Hati Tulis P*^#M@K...

Lim Pei Jye, 41, mengaku bersalah atas menandatangi surat saman dengan perkataan kesat...

Program Felo Perdana Beri Manfaat Besar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan program Felo Perdana memberi manfaat besar apabila ramai pesertanya berjaya dalam sektor awam, swasta mahupun politik.

“Hasil daripada pendedahan dan program Felo Perdana ini, sebahagiannya berjaya dalam politik dan ada yang jadi menteri.

“Dari segi kerjaya lain pula, saya percaya ramai yang berjaya hingga hari ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peserta Felo Perdana Tahun 2021, di sini, hari ini.

Program Felo Perdana dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan sejak 2013. Tahun ini adalah tahun kesembilan pelaksanaannya dan sudah mengumpulkan penyertaan lebih 600 anak muda.

Ia adalah inisiatif kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bagi melatih belia berpotensi dengan kemahiran aras tinggi di samping melibatkan mereka secara langsung dengan penggubalan dan pembentukan dasar kerajaan.

Seramai 66 anak muda berprestasi tinggi terpilih sebagai peserta Felo Perdana Tahun 2021 bermula hari ini hingga 31 Disember depan, yang ditempatkan bersama mentor masing-masing terdiri daripada ahli Jemaah Menteri.


Ismail Sabri dalam pada itu meminta ahli Jemaah Menteri untuk memberi bimbingan kepada peserta Felo Perdana berkaitan aspek pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata, objektif program Felo Perdana antaranya memberi pendedahan kepada anak muda untuk memahami serta mempelajari bagaimana kementerian-kementerian ditadbir.

Menurutnya, langkah membawa Felo Perdana ke Parlimen juga memberi pendedahan pembelajaran dan ilmu perundangan kepada peserta.

“Tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih, ramai yang memohon tetapi hanya sebahagian dapat dipilih,”katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori