Program B’Frenz Sasar Produk Muslim Kuasai Ranking Seribu

645 RIBU usahawan tempatan yang selama ini bergantung pada keadah pemasaran percuma di laman sosial sosial, kini berpeluang memasarkan secara meluas jenama dan produk mereka di televisyen.

Malah, bukan lagi sekadar iklan slaid atau paparan video pendek, namun kaedah pemasaran secara terperinci mengenai kehebatan produk keluaran jenama masing-masing.

TV AlHijrah muncul menjadi stesyen pertama menawarkan pakej pemasaran mewah dengan kos efisien sebagai mendorong usahawan Muslim meluaskan populariti jenama dengan slogan ‘Produk Anda Berhak Popular’.

Program B'Frenz Sasar Produk Muslim Kuasai Ranking Seribu

TV AlHijrah mahu menyertai usaha kerajaan bagi memastikan Perusahaan Kecil Sedehana kekal menyumbang 5.5 peratus kepada ekonomi negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Program B'Frenz Sasar Produk Muslim Kuasai Ranking Seribu

Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustafa Mohammad berkata, adalah penting PKS diberikan sokongan memandangkan industri ini menyumbang 60 peratus pada peluang pekerjaan dalam sektor domestik.

“Justeru, kita mahu jenama Muslim menguasai senarai Top Seribu dalam ranking kepenggunaan,” kata Izelan.

Sejak melancarkan kempen HijrahFrenz khusus untuk komuniti usahawan Muslim, TV AlHijrah sudah membantu mempromosi lebih 200 jenama usahawan tempatan.

Sebahagian besar jenama, menikmati kebangkitan peluasan jualan dan edaran setelah melabur dengan kos promosi yang rendah tetapi efisien di TV AlHijrah.

Terdapat produk yang kehabisan stok jualan setelah dipromosi melalui pakej pengiklan HijrahFrenz yang menggabungkan konsep iklan jenama dan penampilan usahawan di TV.

“Kami menerima banyak permintaan dalam segmen bersiaran secara langsung di TV. Jadi kami sediakan sejam sehari, program khusus untuk usahawan bercakap mengenai jenama mereka,” kata Izelan.

B’Frenz akan bersiaran selama sejam setiap hari pada 12.00 hingga 1.00 tengahari.

“Temui Unit Jualan TV AlHijrah, kami fleksibel dan akan berkompromi bagi membantu usahawan Muslim melangkah ke hadapan. Ia bukan soal duit. Tetapi matlamat kami yang mahukan jenama Islam berada dalam Top Seribu ranking popular,” kata Izelan.

Bagi usahawan berminat, segera hubungi: Fatin: 014-6372578 atau Aida: 018-2737152. – MYNEWSHUB.CC

Loading...