Program Bantu Usahawan B40, Rakyat Hilang Kerja

KUALA LUMPUR – Satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan pelaksana utama bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang kehilangan mata pencarian.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar berpatutan.

“Fasa pertama membabitkan kerjasama antara Bank Islam Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan bermula Mei 2020.

“Usahawan yang layak akan diberi latihan keusahawanan, pengurusan kewangan dan sokongan untuk membangunkan perniagaan yang dipilih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini. – BH Online

Loading...