Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Jepun Bakal Kekurangan Penduduk

TOKYO - Jumlah penduduk Jepun dijangka merosot hampir satu pertiga dalam tempoh 50...

Kanak-Kanak Maut Selepas Disambar...

MIRI – Niat memancing serta mandi bersama rakan untuk mengisi masa lapang semasa...

IKEA Malaysia Lanjut Polisi...

KUALA LUMPUR - IKEA Malaysia melanjutkan polisi pemulangannya daripada 100 hari pada masa...

Pengusaha Restoran Sediakan Makanan...

SEORANG pengusaha restoran Minu Pauline dari Kochi, India menghiasi dada-dada akhbar di sana...

Produksi Kokain Colombia Capai Rekod Tertinggi 2017

PRODUKSI kokain di Colombia mencapai rekod tertinggi pada tahun 2017, menurut satu laporan terkini PBB.

Pejabat PBB Bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) berkata produksi meningkat sebanyak 31 peratus setiap tahun, menjadikan jumlahnya 1,400 tan dihasilkan daripada tanaman seluas 171,000 hektar.

Agensi PBB itu juga memberi amaran yang peningkatan pengeluaran ini boleh menjejaskan usaha perdamaian yang sedang berlangsung.

Colombia ialah pengeluar kokain terbesar dunia, dengan kebanyakannya memasuki pasaran Amerika Syarikat, pengguna terbesar bahan terlarang itu.

Menteri Kehakiman Colombia, Gloria María Borrero Restrepo berkata data terbaharu ini amat membimbangkan.

Menurut laporan UNODC itu, kawasan produksi koka di Colombia tahun lalu mencatat kadar rekod tertinggi, meningkat sebanyak 25,000 hektar berbanding tahun 2016.

Jumlah kawasan tanaman koka meningkat sekitar 17 peratus pada 2017 berbanding tahun sebelumnya.


Laporan itu mencatat nilai produksi kokain boleh mencapai AS$2.7 bilion di pasaran tempatan.

Sebanyak 80 peratus koka ditanam di kawasan yang sama sejak 10 tahun lalu, dan menghasilkan 33 peratus lebih banyak daun koka – bahan utama kokain – berbanding tahun 2012.

Colombia berusaha menghapuskan penanaman koka, dan menerima bantuan sekitar AS$400 juta setiap tahun daripada AS untuk memerangi dadah.

Tahun lalu, Colombia turut menandatangani perjanjian bernilai AS$300 juta dengan PBB yang bertujuan mengurangkan produksi kokain dengan membayar petani yang bersedia beralih daripada menanam koka kepada tanaman lain. – BBC

Kategori