Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Yusoff Rawther Tiba Di...

KUALA LUMPUR - Bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther tiba di Bukit Aman...

Sokong Syiah: Mufti Selangor...

PETALING JAYA - Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid menafikan dakwaan beliau menggesa...

Les’Copaque, KUIN & MAiREKA...

ALOR SETAR - Pengeluar siri animasi popular Upin Ipin, Les'Copaque Production, hari ini...

Lengkap Vaksin Syarat ‘Dine-In’...

KUALA LUMPUR - Syarat vaksinasi lengkap bagi makan di restoran atau 'dine in'...

PRN Sarawak: BN Menang Tanpa Lawan Di Bukit Kota

KUCHING - Calon Barisan Nasional (BN), Dr. Haji Abdul Rahman Ismail diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk kerusi N.79 Bukit Kota selepas tamat tempoh penamaan calon di Limbang dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diiringi oleh puluhan penyokong parti tempatan tersebut ke pusat penamaan calon bertempat di Kompleks Dewan Suarah Limbang.

Abdul Rahman yang mempertahankan kerusi tersebut iaitu N.68 sebelum proses persempadanan semula tahun lalu, dikatakan memang dilaporkan tiada pencabar langsung sebelum hari penamaan calon.

Pada Pilihan Raya Negeri 2011 lalu, beliau memperoleh sebanyak 6,835 undi sekali gus menang dengan majoriti 5,061 undi mengalahkan tiga orang pencabar iaitu calon daripada DAP dan dua wakil bebas.

Mereka ialah Leong Kwang Yew (DAP) dengan meraih 1,774 undi, serta calon bebas Usop Jidin (398) dan Ladis Pandin (353). Kerusi DUN itu mempunyai 16,437 pengundi berdaftar – Mynewshub.cc/HAA


#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori