Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Sindiket Jual-Beli...

JAKARTA - Polis sedang menyiasat satu sindiket jual-beli organ manusia terutamanya buah pinggang...

Anggota UMNO Kini Lebih...

KUALA LUMPUR - Keanggotaan UMNO mencecah 3,644,295 orang sehingga semalam dengan bilangan cawangan...

Peniaga Jijik Jemur Sotong...

BEBERAPA keping gambar menunjukkan seorang peniaga sedang menjemur sotong kering tanpa mengunakan sebarang...

Jose Mourinho Pengurus Baharu...

BEKAS pengendali Manchester United, Jose Mourinho dilantik pengurus baharu Tottenham Hotspur menggantikan Mouricio...

PRN: PAS Seru Ahli Tolak DAP Perintah Sarawak

KUCHING – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bahawa partinya tidak pernah ‘menghalalkan’ orang lain dan langsung tidak setuju DAP memerintah Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini.

PAS ujar beliau, sebaliknya mahu pemerintah di bumi Kenyalang itu mestilah daripada kalangan orang bumiputera tempatan yang beragama Islam berbanding DAP Sarawak yang sehingga kini masih lagi diterajui oleh kaum Cina

Abdul Hadi seterusnya berkata, bangsa Cina dan India yang bukan Muslim masih boleh lagi menjadi sebagai rakyat sesebuah negeri atau negara namun dari segi politik mereka perlu dipimpin sendiri oleh pemimpin beragama Islam.

“PAS mahu rakyat dan negeri Sarawak terus diperintah oleh bumiputera, bukan kaum-kaum lain malah hanya orang bumiputera mesti memerintah Sarawak dan PAS mahu calon tersebut ialah bumiputera yang beragama Islam.

“Kita tidak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak pun kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” katanya.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau yang dihadiri hanya kira-kira 250 orang di sebuah padang awam di hadapan Masjid Ikhwanul Muslimin, Taman Sukma, di sini lewat malam Rabu.

Kenyataan beliau itu jelas ditujukan kepada bekas sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP kerana jika menang PRN, ia tentu menamakan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sendiri sebagai ketua menteri baharu.

pas sarawak

Parti Islam itu ujarnya meskipun cuma meletakkan 11 calon, bukan bermatlamat mahu memerintah Sarawak, sebaliknya kerana mahu menjadi penasihat kepada pihak kerajaan yang akan dibentuk selepas PRN nanti.


“PAS sedar hanya bertanding 11 kerusi, kalau kesemua calon PAS menang 11 kerusi itu sekalipun masih ada 72 kerusi lagi, maka PAS memang tidak boleh memerintah Sarawak dengan sekadar bermodalkan 11 kerusi sahaja.

“Mereka (parti-parti lain) nak 71 kerusi ambillah sebab PAS cuma nak 11 kerusi ini sahaja, tujuannya apa, untuk jadi penasihat dengan menasihati kerajaan supaya memerintah dengan adil seperti ditunjuk oleh Islam,” katanya.

Ucapan itu disambut dengan sorakan ‘Allahuakbar’. Abdul Hadi turut mengingatkan rakyat Sarawak bahawa PRN merupakan amanah untuk memilih pemimpin boleh membawa suara ke Dewan Undangan Negeri dapat didengari.

“Pilihan raya adalah cara untuk memberi kuasa pada rakyat untuk pilih sendiri pemimpin disukainya setiap lima tahun sekali. Pilih pemimpin bukan dibayar RM10, RM50, bukan RM5,000. Pilih pemimpin adalah amanah.

“Tapi kita difahamkan PRN ini peluang dapat wang tambah poster! Walhal PRN ini amanah, kita pilih pemimpin kita duduk di DUN cakap bagi pihak kita, perjuangan kita, hak kita, tuntutan kita, itu makna pilihan raya,” tegasnya. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori