Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Bertemu Meng...

BEIJING - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan...

Imam Masjid Al-Aqsa Puji...

KANGAR - Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr. Ekremah Sai'd Sabri memuji peranan Malaysia...

Sukar Bercakap, Kesihatan ‘Mr....

KEADAAN kesihatan tonggak utama drama drama, Mr. Grey iaitu Fendy Bakry yang dilaporkan...

Boleh Mohon Baucar Buku...

KUALA LUMPUR - Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT)...

PRN: Calon PKR, DAP Perlu Dilulus HQ KL Terlebih Dulu

KUCHING – Kajian penganalisis politik tempatan mendapati, kepimpinan DAP dan PKR sebagai kerajaan Sarawak merupakan satu mimpi ngeri rakyat negeri ini jika menjadi kenyataan pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN) ke-11.

Perkara itu didedahkan Datuk Peter Minos yang menyatakan orang ramai ditemuinya sejak minggu lalu bimbang jika dua parti tersebut menang, pemimpin tempatan mereka akan menjadi boneka kepimpinan dari Semenanjung.

“Warga Sarawak kini sedar jika DAP dan PKR menang PRN, ini bermakna kita akan diperintah oleh orang dari Semenanjung seperti Lim Kit Siang dan Wan Azizah Wan Ismail,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini.

Menurut Minos, kajian beliau malah mendapati pengerusi negeri dua parti tersebut iaitu Chong Chieng Jen (DAP) dan Baru Bian (PKR) tidak mempunyai kuasa langsung kerana dikawal oleh ketua mereka di Kuala Lumpur.

Situasi itu ujar beliau lagi, terbukti ketika proses pemilihan calon-calon untuk bertanding pada PRN kali ini serta menunjukkan senarai tersebut perlu mendapat kelulusan oleh pihak ibu pejabat DAP dan PKR di ibu negara.

Chong Chieng Jen vs Baru Bian
Chong Chieng Jen vs Baru Bian

Malangnya, keadaan itu menyebabkan kedua-dua parti melakukan pertindihan di beberapa kerusi strategik termasuk dengan sekutu Pakatan Harapan, PAN dan bekas sekutunya ketika Pakatan Rakyat dahulu iaitu PAS.

“Berbeza BN Sarawak, Tan Sri Adenan sendiri yang memuktamadkan calon dan agihan kerusi. Malah KL langsung tiada campur tangan,” ujarnya sambil menegaskan bahawa kenyataan beliau bukan propaganda tetapi realiti.

Malah pengamatan Minos terhadap kempen-kempen DAP dan PKR sejak beberapa hari lalu mendapati ia adalah berteraskan perasaan marah terhadap Ketua Menteri selaku Pengerusi BN Sarawak dan isu nasional semata-mata.


“Bukan hanya kritikan biasa sahaja tetapi mereka telah berjaya menakut-nakutkan orang Sarawak sendiri. Justeru pergunakanlah PRN kali ini sebagai kesempatan untuk menolak DAP, PKR dan PAS daripada politik Sarawak.

“Kekalkan keharmonian dikecapi oleh Sarawak selama ini jauh bebas daripada politik ganas Semenanjung yang boleh mengundang ketegangan antara kepelbagaian kaum dan agama,” kata Minos lagi. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori