Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Hafiz Hamidun Masuk Wad,...

PENYANYI dan pakar motivasi Hafiz Hamidun kini ditahan di wad sebuah hospital di...

Penyerang Terima AS$28,000 Sebelum...

WASHINGTON: Pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat kini sedang menjalankan siasatan berhubung...

Isu “Mata Lebam” Tidak...

PUTRAJAYA - Keterangan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusuff...

KM Sambut Baik Layanan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik...

PRN: Aziz DAP Biadap Tohmah BN Ialah Kerajaan Syaitan?

KUCHING – “Kerajaan BN adalah kerajaan syaitan!” begitulah biadapnya tohmahan calon anak muda Melayu DAP untuk kerusi Batu Kitang dalam ceramah terbaharunya di Kin Soon Cafe, Kota Padawan di sini malam Ahad.

Abdul Aziz Isa Maridon malah dengan nada cukup angkuh menegaskan bahawa: “Kita tidak mahu Sarawak terus diperintah oleh syaitan-syaitan yang ada sekarang, maka sebab itulah kamu semua mesti mengundi DAP.

“Saya berjanji jika saya menang, saya akan berkhidmat kepada semua kaum, bukan sahaja Melayu tetapi Cina, Iban dan Bidayuh,” ujar beliau lagi di hadapan puluhan penyokong tegar parti pembangkang Semenanjung itu.

Ucapan kurang ajar Abdul Aziz Isa, 26; itu sebagai merujuk kejayaan DAP memerintah Pulau Pinang sejak 2008 yang disifatkannya konon sebagai kerajaan contoh adil kepada semua kaum termasuk kaum minoriti Melayu.

Hakikatnya, beliau terlupa memberitahu penyokongnya bahawa semakin banyak perkampungan warisan Melayu di Pulau Mutiara dihapuskan satu demi satu oleh DAP yang mengusir penduduk keluar dari penempatan mereka.

penang4

penang3

penang1

Bukan itu sahaja, DAP memperbanyakkan projek perumahan kos sederhana tinggi dan mewah yang tidak mampu dimiliki oleh masyarakat Melayu menyebabkan mereka terpaksa berhijrah pula ke Seberang Perai di tanah besar.


Harga rumah terlalu tinggi juga mengakibatkan demografi penduduk Melayu merosot teruk serta diambil kaum Cina susulan ramai kena pindah ke Kulim dan Sungai Petani, Kedah atau Bagan Serai dan Parit Buntar di Perak.

Bukan itu sahaja, penguatkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai sibuk mengusir ramai penjaja kecil dan peniaga Melayu yang sudah lama bertapak atas pelbagai alasan remeh.

Ironi, pada masa sama mereka tidak pula bertindak tegas terhadap kaum Cina yang secara terang beroperasi di kawasan larangan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan tidak menjaga kebersihan persekitaran.

Jika benar Abdul Aziz Isa menyamakan BN ialah kerajaan syaitan, maka persoalannya, beranikah beliau mahu mencabar dirinya itu untuk menyamakan pula kerajaan Pulau Pinang yang diperintah DAP sebagai malaikat? – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Baca: DAP Usir Melayu Keluar Pulau Pinang – PAS

Juga: Insafi Nasib Umat Melayu Islam Di Singapura

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori