Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Penantian Lapan Bulan Berakhir...

TAWAU - Penantian lapan bulan Hariyanti Amsi, 31, yang menunggu suaminya, Mohd. Ridzuan...

Laporan Dakwa Jho Low...

JERANTUT - Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan ahli perniagaan dalam...

Malaysia Tolak Keganasan Daesh...

ULAANBAATAR (Mongolia) - Malaysia menolak sebarang perlakuan keganasan dan jenayah ideologi yang dilakukan...

Pelan Tindakan Banjir Shah...

SHAH ALAM : Pelan Tindakan Banjir Shah Alam atau Shah Alam Sustainable Urban...

PRN: Adenan Bayang Jawatan TKM Sarawak Kepada Kaum Cina

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem membayangkan ‘habuan’ besar bakal menanti masyarakat Cina di negeri itu sekiranya mereka sanggup berubah memilih Barisan Nasional (BN) pada 7 Mei ini.

Pada Majlis Ketua Menteri Bersama Pengamal Media ketiga di sini, beliau mempertimbangkan jawatan Timbalan Ketua Menteri untuk komuniti itu, terutamanya kepada wakil SUPP, selain lebih banyak jawatan Kabinet negeri.

Sebelum DUN Sarawak dibubarkan pada 18 Mac lalu, suara masyarakat Cina dalam Kabinet Sarawak hanya diwakili oleh Datuk Seri Wong Soon Koh sebagai menteri penuh serta Datuk Lee Kim Shin sebagai menteri muda.

Turut dilantik menjadi menteri dalam kalangan SUPP, parti kaum Cina dalam komponen BN Sarawak ketika itu ialah Datuk Francis Harden Hollis dan Datuk Dr. Jerip Susil — kedua-duanya pun cuma sebagai Menteri Muda.

“Kita sedia pertimbang beberapa jawatan… tapi masyarakat Cina mesti beri kemenangan kepada SUPP. Jika kamu (kaum Cina) mahu wakil SUPP ada dalam Kabinet, kena sokonglah.. kalau tidak mahu, sokonglah DAP,” katanya.

Menurut sumber dalaman, Adenan sebagai Pengerusi BN Sarawak pernah membayangkan untuk mewujudkan kembali beberapa jawatan Timbalan Ketua Menteri bagi membantunya menggerakkan jentera pentadbiran negeri.

Sim-Kui-Hian
Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian

“Jawatan timbalan ini bukan mewakili masyarakat Dayak dan Cina sahaja malah turut mewakili masyarakat Melayu. Maksudnya jawatan ini masih terbuka kepada tiga pemimpin kanan parti selepas saya,” jelasnya lagi.

Ia jelas merujuk Presiden SUPP, Datuk Dr. Sim Kui Hian bertanding di kerusi Batu Kawa yang kini dipegang DAP diwakili oleh Christina Chew Wang See dan cuma menang 543 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 lalu.


Untuk PRN kali ini, SUPP bertanding 13 kerusi majoriti kaum Cina di bandar susulan prestasi terburuk parti itu ketika PRN pada 2011 lalu apabila ia hanya mampu menang enam daripada 12 kerusi dipertandingkan.

Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak bakal menyaksikan kekosongan selepas PRN ke-11 kali ini berikutan persaraan Tan Sri Alfred Jabu Numpang selepas beliau berkecimpung daripada arena politik negeri sejak 1978.

Tidak mempertahankan kerusi Layar yang diwakilinya sebelum ini, beliau sebaliknya menyerahkan kepada anaknya, Gerald Rentap Jabu untuk bertanding di kerusi tersebut dan menentang calon PKR, Vernon Kedit. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori