Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jumlah Kes Kesihatan Mental...

LABUAN - Jumlah kes kesihatan mental di pulau bebas cukai ini menunjukkan peningkatan...

Hsien Loong Mahu Elak...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam berkata, dia mahu mengelak...

Warga Emas Teruja Dapat...

MELAKA - Setelah kira-kira 30 tahun menunggang motosikal tanpa lesen, dua warga emas...

Abby Abadi Tuntut Puluhan...

AWAL bulan lalu, kami pernah menyiarkan artikel bertajuk 'Abby Abadi Lagi…Ditegur Peminat Dedah...

PRN: 7 Penulis Upahan DAP Buat Kacau Program BN Dihalau

KUCHING – Sekumpulan tujuh penulis blog upahan DAP dihalau daripada sebuah majlis anjuran Barisan Nasional (BN) selepas didakwa mengganggu ceramah sedang berlangsung di Long Pilah, Baram pukul 3 petang semalam.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar ketika itu berucap bagi kempen calon BN di Telang Usan, Dennis Ngau sebelum blogger berkenaan melaungkan ayat anti-GST!

Tersentak dengan tindakan biadap lelaki itu, Mohamad Asfia kemudian segera memanggil penulis upahan Red Bean Army (RBA) berkenaan ke hadapan, sebelum bertanya siapakah dia dan dari asal manakah dia datang.

Lelaki itu dan kumpulannya, terdiri daripada tiga perempuan dan empat lelaki yang mendakwa penulis blog, kemudian memberitahu bahawa dia datang dari Kuala Lumpur, namun tidak memperkenalkan nama dirinya.

Berikutan insiden itu, Mohamad Asfia mengarahkan lelaki tersebut segera keluar dari rumah panjang berkenaan yang berlangsung acara ceramah politik BN anjuran Pergerakan Wanita Parti PBB Cawangan Telang Usan.

Sebelum keluar, lelaki terbabit sempat berteriak: “I am a Malaysian (Saya rakyat Malaysia)” sebanyak tiga kali, sebelum beberapa anggota RELA terpaksa mengiringinya keluar diikuti pula enam rakannya yang lain.

Kumpulan penulis blog dipercayai ‘tentera RBA’ DAP yang dibayar khusus melakukan kempen menerusi perang siber dan mereka datang ke sini menggunakan jalan darat dari Miri yang mengambil masa selama tiga jam.

Mereka dipercayai tiba di Long Pilah hampir sama waktu dengan rombongan Asfia, yang menaiki helikopter, juga dari bandar raya Miri. Jarak dari Kuching ke Long Pilah ialah 861 kilometer manakala 160 kilometer dari Miri.

Mohamad Asfia yang terus bersikap tenang pula, dilaporkan meneruskan ceramahnya sambil mendedahkan kepada penduduk Long Pilah, bahawa ia budaya sebenar politik ganas pembangkang dari Semenanjung Malaysia.

“Politik kasar sebelah sana adalah tidak sesuai dengan budaya kita di Sarawak dan mereka (pembangkang) juga langsung tidak tahu mengenai budaya serta adat resam kita malah cara kita kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Justeru, kita tidak mahu terima golongan yang bersikap begitu (agresif),” tambahnya sambil berharap penduduk Long Pilah akan beralih arah kali ini dan memberikan sokongan padu kepada Dennis di kerusi Telang Usan.


Ia ujarnya demi memastikan kemenangan BN dan pembangunan dapat diteruskan di Baram. Dennis memenangi kerusi N.77 itu yang majoritinya Orang Ulu ketika PRN ke-10 pada 2011 lalu dengan majoriti 845 undi sahaja.

Menurut Mohamad Asfia, sebagai Speaker DUN Sarawak yang telah bertugas selama 16 tahun, beliau amat arif dengan perangai wakil rakyat negeri ini termasuk pembangkang serta kenal siapa bekerja dan yang tidak bekerja.

“Saya amat kenal dengan wakil rakyat mana yang kerja dan siapa yang tidak bekerja. Dennis adalah salah seorang daripada mereka yang bekerja keras bahkan amat komited kepada tugasnya terhadap 10,000 pengundinya di sini.

“Malahan prestasi kerja beliau ialah A,” katanya sambil merujuk kecemerlangan Dennis sepanjang berkhidmat sebagai ADUN Telang Usan selama sepenggal setelah mengambil alih daripada wakil BN sebelumnya, Lihan Jok.

Sementara itu Long Pilah merupakan salah sebuah daripada kawasan hitam bagi BN atau kubu kuat pembangkang di pedalaman Baram, yang terus digempur jentera BN khasnya komponen PBB sepanjang kempen pilihan raya.

Long Pilah di bawah kerusi Telang Usan; dihuni majoriti kaum Kayan dan Kenyah, menyaksikan pertandingan sengit satu lawan satu antara Dennis menentang calon PKR, Roland Engan, seorang peguam dan paderi. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori