Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemohon Rumah Impian Bangsa...

JOHOR BAHRU - Para pemohon Rumah Impian Bangsa Johor (RIBJ) diminta mengemaskini data...

Mangsa Banjir Boleh Mohon...

TEMERLOH - Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbabit banjir diminta...

Lima Aplikasi Foto Terbaik...

TREND mengambil gambar sendiri atau lebih tepat dipanggil selfie sudah menjadi satu kebiasaan kepada...

Emoji Menangis Kegembiraan Dipilih...

JIKA tahun-tahun sebelum ini perkataan 'alaf baru' seperti selfie dan vape dipilih menjadi...

PRK Tanjung Piai: PAS Serah Kepada BN Tentukan Calon

MARANG – PAS menyerahkan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada BN untuk meletakkan calon yang bakal bertanding, sekali gus mengulangi jaminan akan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih walaupun daripada MCA.

“Kita serahkan kepada UMNO dan rakan BN untuk menentukan calon kerana itu merupakan kawasan mereka. Terpulang kepada mereka untuk pilih siapa atau daripada parti mana.

“InsyaAllah kita akan turun walau siapa sahaja yang diletakkan,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Rusila dekat sini hari ini sejurus selesai menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila yang terletak bersebelahan. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PRK Parlimen Tanjung Piai selepas penyandangnya, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik, 42, meninggal dunia Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Dr. Md. Farid menang dengan majoriti 542 undi selepas menewaskan calon BN daripada MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng yang memperolehi 20,731 undi manakala calon PAS, Nordin Othman pula menerima 2,962 undi.


Sementara itu, Abdul Hadi tidak menganggap PRK Parlimen Tanjung Piai sebagai ujian berat buat PAS dan UMNO selepas kedua-duanya memeterai Piagam Muafakat Nasional pada 14 September lalu.

“Pakatan Harapan (PH) menang dengan majoriti tipis, InsyaAllah berdasarkan perkembangan politik terkini, akan memberi peluang baik kepada kita,” katanya.

Dalam perkembangan sama, ketika diminta mengulas mengenai kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan untuk membenarkan calon berumur 18 tahun bertanding dalam PRK tersebut, Abdul Hadi berkata, soal usia muda tidak menjadi masalah sekiranya calon berkenaan mempunyai ketokohan dari segi ilmu dan integriti. – UTUSAN ONLINE

Kategori