Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Najib Tarik Balik Saman...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik...

Tengku Abdullah Zahir Simpati...

PEKAN - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan...

Agong Berkenan Terima Raket...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Liverpool Kekal Rekod Tanpa...

LONDON - Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL)...

PRK Sungai Kandis ‘Pentas’ Kerjasama PAS, UMNO

PAS dan UMNO wajar melakukan ‘ujian’ penerimaan orang Melayu terhadap kerjasama dua parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dengan letak hanya seorang calon.

Bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha berkata, kerjasama antara kedua-dua parti itu wajar kerana sebanyak 70 peratus pengundi di DUN Sungai Kandis adalah Melayu.

Katanya, ia juga ‘pentas’ terbaik untuk menguji sokongan pengundi Melayu kepada kemungkinan untuk UMNO dan PAS membentuk kerjasama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Sungai Kandis kubu kuat PKR namun mereka (UMNO dan PAS) boleh cuba untuk meletakkan seorang calon sahaja,” katanya kepada NSTP di Shah Alam, hari ini.

Norman berkata, dalam keadaan UMNO dan PAS lemah selepas PRU-14, cadangan untuk bekerjasama perlu dipertimbangkan oleh kepemimpinan kedua-dua parti itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir secara peribadi mencadangkan parti itu untuk membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRK DUN Sungai Kandis.

Roslan Shahir berpendapat kerjasama itu antara pilihan terbaik untuk menguatkan suara pembangkang serta mengimbangi kekuatan Pakatan Harapan (PH).

Pada 2016, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pernah mencadangkan parti itu membentuk kerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU-14 dengan alasan mengukuhkan suara Islam.


Selain itu, Majlis Syura PAS turut bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma, Isnin lalu.

Pada PRU-14, Mat Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

PH Selangor berjaya meraih 51 kerusi DUN, BN (4) manakala PAS (1). – BHOnline

Kategori